Meninggal dunia selepas solat asar

Meninggal dunia selepas solat asar

PASIR PUTEH – Seorang pembantu kedai warganegara Thailand meninggal dunia selepas menunaikan solat asar di Masjid Ibrahimi di sini semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4.55 petang itu, wanita yang dikenali sebagai Norhayati Mustafa, 56, dilihat berada dalam keadaan sujud pada rakaat kedua sehingga selesai solat.

Imam Tua Masjid Ibrahimi, Mohamad Sabri Abdul Ghani berkata, wanita berkenaan tidak bangun daripada sujud dan menghembuskan nafas terakhir selepas ditelentangkan sebelum diajar mengucap kalimah syahadah.

Menurutnya, jemaah yang berada di saf wanita membantu mengubah kedudukan mangsa selepas solat kerana mengesyaki sesuatu apabila Norhayati dilihat tidak bangun daripada sujud dalam tempoh yang lama.

“Kami mengenali mangsa kerana dia merupakan isteri ketiga penduduk di sini yang sudah meninggal dunia 13 tahun lalu. Norhayati juga sudah lama bekerja sebagai pembantu kedai di Pasar Siti Hajar di sini untuk membesarkan lima anaknya selepas kematian suami.

“Dia yang berasal dari Wilayah Yala, Thailand malah dikenali oleh semua ahli khariah masjid dan peniaga sekitar bandar ini,” katanya.

Menurut Mohamad Sabri, ia merupakan kejadian pertama jemaah meninggal dunia semasa menunaikan solat di Masjid Ibrahimi dan pihak masjid mengambil tanggungjawab membantu keluarga mangsa termasuk menanggung segala kos pengebumian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, pegawai kesihatan memaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung dan kencing manis.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. K Online

Meninggal dunia selepas solat asar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Antara Artis Yang Rela Pilih Jadi Murtad Demi Cinta!

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker