Arwah Hamdan sempat mohon maaf sebelum ditidurkan – Yassin

Arwah Hamdan sempat mohon maaf sebelum ditidurkan – Yassin

JOHOR BAHRU: Anggota Kumpulan Senario, Yassin Yahya, 46 memaklumkan Allahyarham Hamdan sempat berpesan kepada peminat supaya memaafkannya jika ada melakukan kesalahan.

Katanya, pesanan akhir disampaikan arwah Hamdan kepada anggota Senario ketika makan malam sebelum ditidurkan akibat komplikasi buah pinggang di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), pada 31 Disember lalu.



Yassin menyifatkan pemergian arwah terlalu berat untuk diterima kumpulan itu kerana terlalu banyak kenangan sepanjang 27 tahun bersama.

“Kenangan bersama tidak boleh dilupakan terlalu banyak, ada pahit manis semua ada. Cuma, buat masa ini, saya tidak boleh lupakan pada malam terakhir kami berkumpul dan makan bersama di sebuah restoran di Bandar Baru Uda.

“Arwah tak tunjuk apa-apa tanda tidak sihat, sebaliknya kami gembira dapat berkumpul untuk melakukan persembahan dan beraksi pada malam Tahun Baharu.

“Kami selalunya berbual dalam media sosial sebelum dapat berjumpa secara fizikal dan saya duduk di sebelahnya ketika makan malam.



“Sudah tertulis suratan takdir, sebelum ditidurkan isterinya ada membuat panggilan video 10 minit sebelum persembahan bermula untuk memaklumkan arwah mohon maaf kepada semua termasuk peminat dan ahli keluarga.

“Beliau mohon awal-awal jika ada salah silap, itu antara pesanan arwah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, hari ini.

Yassin berkata, dia bersama Saiful Apek dan beberapa kru Senario memilih untuk terus berada di Johor Bahru selepas selesai persembahan Wonderful Night with Senariounion di sebuah hotel pada malam Tahun Baharu, Ahad lalu.

Katanya, hatinya berat hendak meninggalkan keluarga arwah yang sedang bersedih, selain tiada ahli keluarga atau saudara mara di Johor.



“Saya dan beberapa rakan Senario memilih untuk tidak balik ke Kuala Lumpur bagi menunggu arwah dan memberi sokongan kepada keluarganya, mereka tiada sesiapa di Johor.

“Lagipun saya tidak ada apa-apa rancangan di Kuala Lumpur ketika ini, jadi lebih baik tunggu di sini, tetapi tidak sangka pengakhiran seperti ini.

“Kami sentiasa berdoa supaya arwah pulih seperti sedia kala,” katanya. BH

Arwah Hamdan sempat mohon maaf sebelum ditidurkan – Yassin



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)



As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?



Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker