Terkejut lihat kelibat buaya di Pantai Kampung Tengah Kijal

Tangkap layar video kelibat seekor buaya di Pantai Kampung Tengah dekat Kijal di sini pada Sabtu. – Foto Bernama

KEMAMAN – Sekumpulan nelayan terkejut apabila terlihat kelibat seekor buaya di Pantai Kampung Tengah dekat Kijal di sini pada Sabtu.

Wan Zuhairi Wan Nordin, 32, berkata, kejadian itu berlaku ketika dia dan beberapa nelayan lain sedang dalam perjalanan memukat ikan bilis di tengah laut kira-kira 7 pagi.

“Ingatkan apa benda yang bergerak hingga air berkocak kuat.

Bila dilihat dengan teliti, rupanya ia seekor buaya dengan anggaran dua meter panjang berada tidak jauh dari bot kami naiki.



“Paling saya bimbang kerana jaraknya dengan pantai sangat dekat, kira-kira 100 meter sahaja.

Saya sempat rakam video sebagai bukti agar pengunjung pantai ini lebih berhati-hati,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Sabtu.

Wan Zuhairi yang menjadi nelayan sejak 15 tahun lalu berkata, kemunculan buaya di sekitar pantai kampung tersebut bukanlah kali pertama kerana ia pernah berlaku 10 tahun lalu.

“Harap-harap tiada perkara buruk yang akan berlaku kerana pantai ini memang jadi tumpuan ramai setiap kali musim cuti persekolahan atau hujung minggu,” katanya yang berharap pihak bertanggungjawab akan mengambil tindakan lanjut.



Video berdurasi lapan saat yang dirakam Wan Zuhairi kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai maklum balas dari warganet yang risaukan keselamatan pengunjung dan penduduk kampung itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Loo Kean Seong berkata pihaknya masih belum menerima apa-apa maklumat berkaitan buaya tersebut.

“Walaupun belum sahih, pengunjung tetap perlu berwaspada ketika berada di sekitar kawasan tersebut,” katanya. – Bernama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis



Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker