Pemandu Porsche maut selepas langgar dua kereta



Pemandu Porsche maut selepas langgar dua kereta

KUANTAN – Seorang pemandu kenderaan utiliti Sukan (SUV) jenis Porsche Macan maut setelah terbabit kemalangan melibatkan dua kenderaan lain di Kilometer 55.6, Lebuh Raya Karak menghala ke Bentong dekat sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, mangsa, Lee Cheng Yik, 22, dari Selangor itu maut di tempat kejadian.

Sementara itu, dua lagi pemandu lain iaitu kereta Proton Waja dan Proton Saga yang terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam nahas yang berlaku pada pukul 2.30 petang tadi.

“Siasatan awal dapati mangsa dan pemandu Proton Waja dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Bentong manakala pemandu Proton Saga dari Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.




“Setibanya di lokasi kejadian dipercayai mangsa cuba memotong Proton Waja dan melanggar bahagian lampu belakang sebelah kanan menyebabkan kenderaannya berpusing.

“Kemudian pemandu Proton Waja pula melanggar besi pembahagi jalan manakala mangsa melanggar bahagian belakang Proton Saga lalu terbabas ke lorong jalan keluar stesen minyak di sebelah kiri jalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hasil siasatan juga mendapati kemalangan berpunca dari kecuaian mangsa yang bekerja yang memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong dan proses bedah siasat dijalankan selepas ujian calitan Covid-19 diperoleh.

Kamarulzaman berkata, kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Sesyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987. MG




Pemandu Porsche maut selepas langgar dua kereta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.