Polis ikut sampai rumah
Polis ikut sampai rumah
Kota Bharu: Tindakan dua remaja menunggang motosikal secara berbahaya sambil bersaing antara satu sama lain mengundang padah apabila mereka ditahan pihak berkuasa.
Suspek yang berusia 15 dan 18 tahun itu tidak menyedari anggota polis sedang melakukan penugasan sebelum mereka diekori sehingga sampai di rumah salah seorang daripada mereka di Kampung Takang, Binjai di sini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, kedua remaja itu ditahan pada jam 5 petang semalam dalam Op Samseng Jalanan.
“Ketika ditanyakan alasan menunggang motosikal secara berbahaya itu, mereka memberikan alasan ingin tunjuk hebat kepada kelompok rakan lain yang menonton aksi mereka.
“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan lanjut dan hasil ujian saringan yang dibuat, keduanya negatif dadah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Shuhaimi berkata, dalam operasi yang berakhir tengah malam tadi itu, sebanyak 36 saman dikeluarkan dengan pemeriksaan terhadap 16 motosikal.
Katanya, sebanyak 41 kesalahan direkodkan dengan kesalahan gagal pamer lesen kenderaan motor (LKM) paling banyak dikeluarkan iaitu 10 saman diikuti menunggang motosikal bawah umur 16 tahun iaitu tujuh saman.
“Operasi ini dijalankan hasil maklumat orang ramai mengenai kegiatan rempit di kawasan berkenaan dan kita nasihatkan agar ibu bapa mengambil berat kegiatan anak mereka.
“Kegiatan merempit adalah kesalahan yang serius dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan melebihi RM15,000.
“Ibu bapa juga akan dikenakan tindakan saman sekiranya membenarkan anak tiada lesen atau bawah umur menunggang motosikal,” katanya. HM
Polis ikut sampai rumah
Baca Artikel Menarik:
- Zafrul teknokrat ke politikus?
- Khir Toyo akui PH masih kuat di Selangor
- Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook
- Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta
- Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen
- Pemuda Umno gesa tubuh tribunal khas siasat kes Mohd Nazlan
- Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu
- Berenang Dalam Lombong Elak Kena Tangkap (Video)
- Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
- Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis
- Badan makin bongkok, Zamani bakal jalani pembedahan
- Waris penulis artikel asal Top Gun saman Paramount Pictures
- Lelaki tolak wanita ke landasan kereta api ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.