Demi Britney Spears, Paris Hilton Tepis Pelawaan Presiden Joe Biden Sebagai DJ

Demi Britney Spears, Paris Hilton Tepis Pelawaan Presiden Joe Biden Sebagai DJ

SOSIALIT, Paris Hilton memaklumkan dia menolak pelawaan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden untuk menjadi DJ di Sidang Kemuncak Amerika demi menghadiri majlis perkahwinan bintang pop, Britney Spears.

Hilton merupakan rakan lama kepada penyanyi lagu Toxic itu, dan pada majlis yang berlangsung pada Khamis lalu, Hilton bertanggungjawab mengendalikan parti resepsi yang dihadiri ramai bintang ternama.



Namun situasi itu bermakna Hilton terpaksa menolak pelawaan untuk menjadi DJ dan mengendalikan makan malam Sidang Kemuncak Amerika, yang dihadiri pemimpin dari seluruh dunia, pada malam yang sama.
“Saya sebenarnya diminta menjadi DJ untuk presiden Biden untuk makan malam itu, tetapi majlis perkahwinan sahabat lebih penting bagi saya,” katanya dalam sesi podcast pada pagi Jumaat.

Hilton antara selebriti yang kerap dijemput menjadi DJ untuk majlis dan parti di Hollywood, malah didakwa mendapat bayaran AS$1 juta semalam untuk tugasan itu.

Hilton juga mendedahkan dia terpaksa menyembunyikan perihal majlis itu dari pengetahuan umum.

“Saya merahsiakannya sepanjang minggu, saya tidak memberitahu sesiapa, malah mereka yang bekerja dengan saya termasuk ‘glam team’ yang menguruskan pakaian saya untuk majlis berkenaan, terpaksa mengunci mulut.



“Saya tidak mahu bercerita panjang kerana lebih baik pengantin sendiri bercerita tentang majlis perkahwinannya, tetapi saya turut sama berkongsi kegembiraan.

“Dia (Spears) kelihatan menakjubkan. Saya sangat gembira melihat dia menemui pasangan hidupnya dan mereka adalah pasangan yang sangat sesuai,” tambah Hilton.

Spears mengahwini Sam Asghari, seorang pelakon lagak ngeri dan jurulatih senaman, di kediaman mereka di Thousand Oaks, California.

Selain Hilton, bintang lain yang turut memeriahkan majlis tersebut ialah Madonna, Selena Gomez, Drew Barrymore, Maria Menounos, Ansel Elgort, will.i.am, dan Donatella Versace.-Page Six 



Demi Britney Spears, Paris Hilton Tepis Pelawaan Presiden Joe Biden Sebagai DJ

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker