Pengurusan kes permohonan Najib kemuka bukti tambahan kes SRC Isnin depan

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan Isnin depan sebagai pengurusan kes permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi mengemukakan bukti tambahan berkaitan kes SRC International Sdn Bhd dalam usaha membatalkan perbicaraan yang menyaksikan beliau disabitkan kesalahan serta dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan tarikh itu.

Pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan itu akan berlangsung melalui sidang video.



Bukti tambahan yang ingin dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri itu berkaitan dengan penemuan baru-baru ini bahawa hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada 2006 adalah peguam am dan setiausaha syarikat Kumpulan Maybank yang bertanggungjawab bagi pengurusan serta pentadbiran semua jabatan undang-undang dalam keseluruhan kumpulan tersebut.

Pada sidang akhbar 7 Jun lepas, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata Mohd Nazlan gagal mendedahkan bahawa beliau adalah peguam am dan setiausaha syarikat bagi Kumpulan Maybank yang bertanggungjawab mencadangkan penubuhan SRC International.

Menerusi afidavit bagi menyokong permohonan itu, Najib berkata bukti yang ingin dikemukakan tidak disediakan kepada beliau semasa perbicaraan sambil menambah bahawa ia adalah relevan dengan isu di hadapan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, justeru adalah relevan kepada rayuannya yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Beliau berkata hakikat bahawa Mohd Nazlan tahu mengenai penglibatan peribadinya dengan penubuhan SRC International namun menyembunyikannya daripada pembelaan adalah terjumlah kepada konflik kepentingan yang membawa kepada bahaya sebenar iaitu berat sebelah.



Pada 28 Julai 2020, Mohd Nazlan yang ketika itu Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan) mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.

Pada 8 Dis tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menolak rayuan Ahli Parlimen Pekan itu yang mendorong beliau membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari bermula 15 Ogos ini untuk mendengar rayuan terakhir Najib terhadap sabitan serta hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan terhadapnya.
— BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?



Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker