Negara rugi RM4.5 trilion dalam masa 26 tahun, jangan lepaskan ‘Pemimpin Tua’

 

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan beberapa agensi nasional untuk mencari pihak yang bertanggungjawab menyebabkan negara menanggung kerugian yang dianggarkan RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun disebabkan rasuah dan ketirisan.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, perkara tersebut perlu dipandang serius kerana ia melibatkan nilai integriti di peringkat nasional.



Jika ditelusuri, jumlah RM4.5 trilion bukan sesuatu yang sedikit bagi buat negara terutamanya ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu kini.

Maka, sudah pasti ia menimbulkan kekecewaan dan kekesalan yang besar buat seluruh anggota rakyat.

Sekiranya dibahagikan mengikut 26 tahun ketirisan berkenaan, setiap tahun negara kehilangan sekitar RM173.08 bilion.

Bayangkan, dengan harga hartanah yang melonjak sehingga RM433,430 pada suku pertama tahun 2022, jumlah RM173.08 bilion itu sebenarnya boleh digunakan oleh kerajaan untuk membina 399,423 buah rumah dalam masa setahun kepada mereka yang kurang berkemampuan.



Itu belum dibandingkan dengan harga hartanah terdahulu yang jauh lebih murah daripada suku tahun 2022, pastinya lebih banyak rumah dapat dibina bagi menampung keperluan rakyat.

Bahkan bukan itu sahaja, dalam aspek pendidikan juga tidak terkecuali. Seperti rakyat sedia maklum, sebanyak RM55.2 bilion telah diperuntukkan kerajaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada Bajet 2023.

Jika didarabkan dengan anggaran 80 tahun ke atas, jumlah RM55.2 bilion mampu mencapai kadar sekitar RM4.5 trilion.

Apakah maknanya? Kerugian RM4.5 trillion itu hakikatnya bersamaan dengan kehilangan peruntukan pendidikan tersebut bagi jumlah sebanyak 80 tahun ke atas.



Tambah memedihkan, ketirisan berkenaan berlaku dalam tempoh yang cukup singkat iaitu dalam masa 26 tahun.

Bayangkan, jika kehilangan itu tidak berlaku, adakah kita akan dapat melihat golongan pelajar di negara ini mengikat perut mereka demi menuntut ilmu?

Mungkinkah terdapat sebarang gelandangan di jalanan atau golongan berpendapatan rendah (B40) yang terpaksa menyewa rumah kerana harga hartanah yang mencanak naik?

Barah rasuah dan penyelewengan bukan lagi satu perkara yang ringan, semua pihak perlu bersatu padu menentang dan membasminya bermula daripada sekecil-kecil kesalahan.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker