Rakyat Malaysia jadi scammer di luar negara

Rakyat Malaysia jadi scammer di luar negara

BIRO Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA memaklumkan pihaknya me­nerima sebanyak 74 kes membabitkan sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan di luar negara bagi tempoh Januari lalu sehingga semalam.

Ketuanya, Datuk Seri Micheal Chong berkata, daripada 74 kes itu, 23 individu berjaya diselamatkan dengan 11 individu berjaya kembali ke tanah air.

“Sejumlah 12 lagi masih berada di pusat tahanan di negara luar.

“Daripada 74 kes itu juga, sebanyak 45 laporan polis adalah yang dibuat oleh ahli keluarga mangsa sendiri,”katanya, lapor Kosmo!.

Jelas beliau, pihaknya me­nganggarkan kemungkinan lebih 1,000 mangsa yang terpedaya dengan sindiket penipuan dan telah diseludup ke luar negara.

“Kita percaya kebanyakan mangsa terbabit terdiri daripada golongan muda yang berusia seawal 14 tahun,” katanya.

Justeru itu, Micheal menasihati orang ramai agar lebih peka dan berhati-hati dengan tawaran kerja yang dilihat di media sosial bagi mengelak menjadi mangsa pemerdagangan ke luar negara.

Baca juga: 12,017 kes baharu, meningkat sedikit berbanding kelmarin
“Isu pemerdagangan orang ini semakin serius sejak kebelakangan ini ekoran ramai golongan muda kita menjadi mangsa.

“Jadi saya minta orang muda agar berhati-hati dalam memilih tawaran kerja supaya tidak di­eksploitasi oleh sindiket peni­puan yang hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata,” katanya. E9

Rakyat Malaysia jadi scammer di luar negara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker