Khemah besar Tun M tanpa Muhyiddin, Anwar hanya ‘cakap kosong’
IDEA bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu membentuk jajaran baharu politik atau ‘khemah besar’ tanpa pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin memang mampu direalisasikan.
Bagaimanapun, sejauh mana kekuatan dan keupayaan gabungan khemah besar berkenaan untuk menewaskan gagasan politik sedia ada terutama Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) jika berlaku pertembungan banyak penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sukar diramal.
Malah, ramai penganalisis politik dan dasar menyifatkan idea dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 merangkap Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak masuk akal dan kurang realistik berbanding realiti politik semasa di Malaysia sekarang.
Penganalisis politik dan Pakar Perundangan Kajian Dasar, Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, idea Dr Mahathir berkenaan tidak berpijak di bumi nyata kerana parti gabungan PH seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) mustahil akan menyertai ‘khemah besar’ itu, tanpa penyertaan Anwar.
Ahmad Martadha berkata, Pas juga tidak mungkin menyertai ‘khemah besar’ bakal diasaskan oleh Dr Mahathir kerana mereka masih setia dengan PN di mana Muhyiddin sebagai pengerusinya sekarang.
“Pas tidak akan menyertai khemah besar berkenaan kerana mereka dijangka membentuk Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO bagi merampas Selangor daripada tangan PH, pada PRU15 nanti.
“Pas juga akan bekerjasama dengan UMNO dan Bersatu di negeri lain. Jadi saya saya tidak rasa khemah besar yang mahu dibentuk oleh Dr Mahathir akan menjadi gabungan kuat berdasarkan realiti politik semasa di tanah air sekarang,” katanya kepada Sinar Premium.
TIDAK REALISTIK
Mengulas lanjut, Ahmad Martadha berkata, jika Dr Mahathir atau Pejuang yang mempunyai hanya empat kerusi dan mahu bergabung dengan parti lebih kecil seperti Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) mana mungkin mereka mampu menewaskan gabungan lebih besar seperti BN, PN mahu PH dalam PRU15 nanti.
Berikutan itu, Ahmad Martadha menegaskan, beliau tidak nampak jika khemah besar yang dibentuk Dr Mahathir akan menjadi satu gabungan politik yang kuat tanpa penyertaan Anwar dan Muhyiddin.
Malah, Setiausaha Agong DAP baharu, Anthony Loke baru-baru ini pernah menegaskan bahawa mereka tidak mungkin bekerjasama dengan Dr Mahathir selepas Ahli Parlimen Langkawi itu menjadi punca kejatuhan kerajaan PH, pada 2020.
“Justeru, saya melihat Dr Mahathir hanya bersifat mahu mencuba nasib kerana Pejuang tidak lagi menjadi sebuah parti relevan dalam konteks politik Malaysia sekarang selepas mereka kalah teruk dan hilang wang pertaruhan di semua kerusi dalam PRN Johor baru-baru ini.
“Malah, besar kemungkinan Pejuang akan kalah semua kerusi dalam PRU15 selepas Tun Dr Mahathir sendiri menyatakan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi nanti.
“Tambahan pun, pengaruh Dr Mahathir juga bukan hanya semakin merosot, malah tidak memberikan sebarang impak kepada situasi politik negara ketika ini,” katanya.
HAMPIR PUDAR DARIPADA RADAR
Pensyarah Kanan Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Univesiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, pula menyifatkan Dr Mahathir tidak berpijak di bumi nyata kerana Pejuang kini sudah hampir pudar daripada radar politik tanah air.
Beliau berkata, ini kerana Anwar bukan hanya Presiden PKR, malah beliau adalah Pengerusi PH yang menjadi salah satu gabungan parti pembangkang yang kuat dan menguasai lebih 90 kerusi Parlimen termasuk di Sabah dan Sarawak.
Katanya, Muhyiddin pula masih Presiden Bersatu dan Pengerusi PN yang kini menguasai lebih 50 kerusi Parlimen di seluruh negara.
“Dalam PN ada Pas dan Gerakan yang tidak mungkin meninggalkan gabungan berkenaan. Pas masih bersama PN dan BN dalam kerajaan semasa. Pas dan UMNO juga dijangka bergabung dan menghidupkan kembali MN bagi merampas negeri Selangor dan negeri lain.
“Jadi saya tidak rasa cadangan Tun Dr Mahathir mampu membentuk gabungan kuat tanpa penyertaan PKR, Bersatu dan Pas, melihat kepada realiti politik semasa.
“Dr Mahathir juga sudah pasti tidak akan bergabung dengan UMNO kerana beliau mahu menentang BN dalam PRU15 nanti. Justeru, saya mahu bertanya sebenarnya Dr Mahathir nak buat pakatan khemah besarnya dengan parti mana sebenarnya?” katanya.
TAK KUAT TANPA ANWAR, MUHYIDDIN
Penganalisis politik merangkap Pengerusi Majlis Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, ketika dihubungi wartawan Sinar Premium pula berkata, tidak salah Dr Mahathir mempunyai cita-cita mahu membentuk ‘khemah besar’ tanpa Anwar dan Muhyiddin kerana beliau mempunyai banyak pilihan parti di Malaysia sekarang ini.
Bagaimanapun, Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, khemah besar yang dibentuk Dr Mahathir berkenaan belum tentu mempunyai kekuatan untuk menewaskan BN, PH mahu pun PN dalam PRU15 nanti.
“Jadi saya berpandangan idea Tun Dr Mahathir berkenaan hanya sekadar mahu memberikan alternatif dan pilihan lain kepada rakyat dan pengundi untuk memilih selain gabungan BN, PH dan PN.
“Malah, saya tidak pasti parti mana yang akan bersama Dr Mahathir nanti sama ada Parti Warisan Sabah (Warisan) ke Parti Bangsa Malaysia (PBM) ke parti lain kerana kenyataannya terlalu umum.
“Bagaimanapun, saya tidak menjangkakan Dr Mahathir akan mampu membentuk satu gabungan parti politik atau khemah besar yang kuat tanpa pembabitan Anwar dan Muhyiddin,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Chong Wei Nafi Kaut RM329 juta
- Tiada Tarikh Tamat MoU Kerajaan Dan PH – Annuar Musa
- Dr. Akmal Saleh kecewa dengan sikap Annuar Musa dalam Konvensyen BN
- Pondok dari luar dilihat ‘papa’, di dalam mewah tular sehingga luar negara
- PRU-15: Najib harap ‘top 4 UMNO’ bantu PM buat keputusan tepat
- Zuraida sepatutnya berbincang dengan saya dulu – Ismail Sabri
- Akmal Saleh : Orang muda tidak lagi sukar mendapat tempat
- Yusuf Azmi ajak Azwan Ali berjumpa kasi ‘settle’ [VIDEO]
- Setuju khemah besar tanpa Anwar, Muhyiddin – Mahathir
- Adakah Rafizi Menang Kerana Pengundi Hantu?
- 15 tempat untuk tuntut khairat kematian yang wajib anda tahu [Kemaskini 2022]
- Adi Putra punya kekayaan bernilai lebih RM21j?
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]
https://mykmu.net/2022/06/03/glamor-nama-sahaja-tak-cukup-norman-takkan-masuk-politik/