Kura-kura hilang ditemui masih hidup selepas 30 tahun

KURA-KURA itu ditemui bertahan hidup semalam 30 tahun di dalam kotak simpanan. – Facebook

RIO DE JANEIRO – Seekor kura-kura yang hilang pada tahun 1982 di Rio de Janeiro, Brazil telah ditemui 30 tahun kemudian dalam keadaan masih hidup dan sihat di loteng rumah pemiliknya, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Kura-kura bernama Manuela itu milik ibu kepada Nathalye De Almedia yang dipelihara pada awal 1980-an. Almeida telah mendengar kisah kehilangan haiwan itu ketika ibunya berusia lapan tahun.

Keluarganya mendapati ia hilang semasa kerja-kerja elektrik dilakukan di rumah itu.

Bagaimanapun tiga dekad kemudian, selepas bapanya meninggal dunia, mereka pergi ke rumah berkenaan untuk menyelesaikan harta peninggalan.



Ketika mengemas di loteng, mereka terkejut setelah menemui kura-kura berkenan di dalam kotak pembesar suara kayu lama.

“Kami terkejut! Ibu saya menangis kerana tidak mempercayainya. Mereka menemui Manuela!”  jelas Almeida kepada laman berita The Doso pada 2013.

Haiwan itu berkemungkinan telah berjaya bertahan dengan memakan telur anai-anai yang turut ditemui dalam bilik itu.

Ketika menjalani rutin pemeriksaan veterinar, kura-kura itu didapati berjantina jantan dan kini dipanggil Manuel. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]



https://mykmu.net/2022/06/03/glamor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker