Adun bebas Perak mengaku jumpa PKR, tapi ‘tak cari parti baru

Adun bebas Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim dari Perak menafikan sedang mencari parti baru selepas dipecat Bersatu Disember lepas.

Katanya, dia masih tidak mengambil sebarang pendirian berhubung masa depan karier politiknya.

“Saya jumpa dengan semua orang… kawan-kawan dalam politik, sama ada Umno, Amanah dan PKR.

“Tapi, tidak berhasrat menyertai mana-mana parti buat masa ini,”.

Adun Titi Serong itu berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus bahawa berhasrat menyertai PKR.

Terdahulu, sumber PKR Perak memberitahu Malaysiakini bahawa Hasnul telah berjumpa dengan beberapa pemimpin parti itu untuk menyatakan hasrat menyertainya.

Bagaimanapun, Hasnul berkata ia sekadar perjumpaan biasa sahaja.

“Buat masa ini, saya memberi perhatian kepada kawasan saya.

Sokong Saarani Sebagai MB, Hasnul Bakal Dipecat Dari Bersatu?

“Tidak cari parti baru. Kami bincang politik negara dan keadaan semasa,” katanya.

Untuk rekod, Ketua Penerangan PKR Perak Muhammad Arafat Varisai Mahamad sebelum ini menegaskan bahawa parti itu tidak sesekali akan menerima apa yang disifatkannya sebagai “pengkhianat mandat rakyat”.

“Rakyat tidak akan memandang remeh pengkhianatan yang telah menyebabkan keruntuhan sebuah kerajaan.

“Kita berpegang teguh soal integriti dan prinsip, justeru tiada tempat untuk pengkhianat mandat rakyat dalam PKR Perak,” katanya

Hasnul merupakan bekas ketua pemuda Amanah menyertai Bersatu pada Mac tahun lepas, yang menjadi antara punca kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak tumbang.

Namun, dia dipecat daripada Bersatu pada Disember 2020, kerana menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong pemimpin Saarani Mohamad (bawah) daripada Umno sebagai menteri besar, menggantikan Ahmad Faizal Azumu yang juga timbalan presiden Bersatu.

Ketika dihubungi, Setiausaha Bersatu Perak Zainol Fadzi mengesahkan Hasnul telah dipecat daripada partinya Disember tahun lepas.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker