Kenduri ‘selak kain’, Erma beri kata dua kepada Sarah Yasmine

KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit, Erma Fatima menggesa individu mendakwa dirinya kekasih Aliff Aziz, iaitu Sarah Yasmine menghentikan perbuatan membuka aib beberapa selebriti tempatan, sebaliknya, menyelesaikan kemelut yang disifatkan memalukan industri seni itu bersama Aliff.

Kecewa dengan apa yang berlaku, Erma juga menggesa individu yang terkait dalam pendedahan dibuat wanita dipercayai berasal Singapura itu membuat laporan polis, demi menjaga reputasi mereka daripada terus tercalar.

“Seorang perempuan kecewa ditinggalkan kekasih. Dia juga bukan warga negara, masuk ke dalam negara aku kemudian buat kenduri ‘selak kain’ artis Malaysia tetapi semua meraikan.



“Media sosial dan pengamal media semua raikan orang luar itu sedangkan masalah dia adalah dengan artis negaranya sendiri.

“Balik dan selesaikan di sana (Singapura). Ruhainies dan Sophia Albarakbah tolong buat laporan polis untuk hentikan dia. Anda berdua ada hak untuk melakukannya, tidak kisahlah ada skandal atau pun tidak.

“Berhenti angkat dia dan raikan ‘kenduri’ orang luar lakukan. Sebab itu saya kata pada Sophia, jangan datang,” katanya ditemui pada majlis Drama Sangat Close Up X Lelaki Itu di sebuah restoran di Jalan Ampang di sini, malam tadi.

Erma berkata demikian sebagai mengulas ketiadaan Sophia pada majlis berkenaan.



Erma berkata, campur tangan Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia (SKMM) perlu dalam menangani perkara itu daripada terus berlanjutan.

“Di mana SKMM? Apa Kementerian Komunikasi lakukan untuk hentikan orang luar yang masuk dan hancurkan industri seni tanah air.

“Itu yang saya sangat marah. Saya faham perasaan dia rasa kecewa selepas ditinggalkan kekasih selepas memberi segala-galanya, tetapi, jangan datang ke sini dan hancurkan industri seni Malaysia.

“Jadi, saya tidak mahu Sophia jadi mangsa. Saya tidak peduli dia ada skandal atau tidak, tetapi bukan ini caranya.



“Saya harap kenduri ‘selak kain’ ini dihentikan dan SKMM lakukan sesuatu. Kita ada akta.

“Kalau mereka boleh panggil saya dan Zul Ariffin untuk siasat isu drama Perempuan Itu sebelum ini, mengapa kita tidak boleh lakukan perkara sama sekarang?” kata pengarah filem Embun itu.

Sementara itu, Erma berharap Aliff tampil ke hadapan bagi menyelesaikan kontroversi tercetus.

“Saya minta Aliff, jadi lelaki sejati. Jangan duduk dan senyapkan diri selepas lakukan semua ini.



“Kau lapor polis dan ada hak untuk hentikan wanita itu. Kenapa kau hilang?” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka



Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker