Jangan keluar kenyataan ganggu gugat kerajaan Johor – Onn

Jangan keluar kenyataan ganggu gugat kerajaan Johor – Onn

MENTERI Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi amaran kepada semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu gugat pentadbiran kerajaan negeri itu.

Onn Hafiz berkata, Johor masih lagi sebuah kerajaan yang stabil, di bawah naungan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Insya-Allah. Negeri Johor masih lagi sebuah kerajaan yang stabil di bawah naungan Kebawah DYMM Tuanku Sultan Johor.

“Saya mohon kembali supaya tidak ada pihak yang mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu gugat pentadbiran Negeri Johor,” katanya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse yang memohon agar kerajaan negeri membenarkan wakil rakyat parti itu terlibat sebagai ahli Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD).

Puah seperti dilapor media berkata, ia bertujuan menyelaraskan gerak kerja pentadbiran memandangkan gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) sudah menjadi rakan sekutu di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Pada 28 November tahun lepas, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah menolak rundingan mengenai cadangan penglibatan wakil rakyat pembangkang sebagai ahli JTPD.

Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri telah mendapatkan penjelasan Kerajaan Persekutuan, dan berdasarkan maklum balas daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam JTPD adalah merujuk kepada ADUN di pihak kerajaan.

Bagaimanapun, Hasni dipetik sebagai berkata, atas semangat sebagai rakan strategik, kerajaan negeri berbesar hati menjemput semua ADUN PH dalam mesyuarat JTPD sebagai pemerhati, yang membawa maksud bahawa mereka akan dijemput hadir pada setiap kali mesyuarat JTPD. E9

Jangan keluar kenyataan ganggu gugat kerajaan Johor – Onn


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker