Kerajaan baharu perlu gubal Akta Perkhidmatan Awam elak campur tangan politik

Kerajaan baharu perlu gubal Akta Perkhidmatan Awam elak campur tangan politik

Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) mencadangkan agar kerajaan baharu yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggubal Akta Perkhidmatan Awam.

Presiden Alumni PTD Tan Sri Abdul Halim Ali berkata langkah itu bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang profesional dengan persempadanan fungsi, bidang kuasa serta tanggungjawab yang jelas antara pihak pentadbiran dan perkhidmatan awam.



“Adalah amat penting untuk mengelakkan sebarang campur tangan politik dalam proses pelantikan perkhidmatan awam serta dalam pengurusan pentadbiran dan kewangan terutamanya dalam urusan pemberian kontrak.

“Penemuan-penemuan audit menunjukkan ketirisan yang berterusan dan kerugian besar yang ditanggung oleh kerajaan disebabkan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi kewangan yang standard akibat gangguan tersebut,” katanya dalam surat terbuka kepada Perdana Menteri hari ini.

Beliau berkata dalam hal ini, semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan hendaklah dibenarkan untuk menguruskan fungsi dan tanggungjawab mereka sebagai pegawai pengawal mengikut peraturan dan prosedur serta tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Abdul Halim berkata Alumni PTD juga meminta kerajaan melaksanakan kajian semula institusi dan organisasi yang menyeluruh terhadap perkhidmatan awam memandangkan perubahan teknologi yang pesat, revolusi digital dan trend mega global.



“Tambahan lagi, terdapat keperluan untuk mengkaji semula pakej imbuhan dan emolumen bagi anggota-anggota pentadbiran dan perkhidmatan awam supaya dapat dipastikan ia setara dengan pekerjaan, kelayakan serta prestasi yang berkaitan dan pada masa sama, adalah dimampukan,” katanya.

Beliau juga berkata Alumni PTD berpandangan bahawa pihak pentadbiran dan perkhidmatan awam harus berusaha seiring untuk memperkukuh amalan tadbir urus yang baik melalui kajian semula Perintah Am, Arahan Kewangan dan peraturan lain berkaitan semangat Bersih, Cekap dan Amanah.

Katanya setiap anggota perkhidmatan awam hendaklah mengangkat sumpah perkhidmatan sebagai bukti komitmen mereka terhadap tadbir urus yang baik serta berintegriti manakala pihak pentadbiran dan perkhidmatan awam perlu komited memerangi rasuah yang merupakan satu kebimbangan serius dalam kalangan rakyat.

Bagi menguruskan proses pemulihan ekonomi pula, Abdul Halim berkata Alumni PTD mencadangkan supaya pihak pentadbiran dan perkhidmatan awam bekerjasama untuk menangani isu yang menjadi kebimbangan rakyat antaranya peningkatan kos sara hidup serta kekurangan peluang pekerjaan.



Katanya pihak pentadbiran dan perkhidmatan awam juga hendaklah lebih serius terhadap keperluan penjimatan manakala penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam harus kekal sebagai satu usaha keutamaan. Awani

Kerajaan baharu perlu gubal Akta Perkhidmatan Awam elak campur tangan politik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan



Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker