BN tak patut tuntut jawatan menteri – MIC

BN tak patut tuntut jawatan menteri – MIC

Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya menuntut sebarang jawatan menteri dalam kerajaan Anwar Ibrahim, kata Presiden MIC SA Vigneswaran.

Beliau berkata, BN tidak sepatutnya menuntut (jawatan) kerana ia bertentangan dengan prinsip “No Anwar, No DAP” yang diterima pakai sebelum pilihan raya umum, apabila BN dan Umno memutuskan tidak bekerjasama dengan Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan dan parti komponennya, DAP.

“Tetapi kita boleh menyokong (kerajaan perpaduan yang dibentuk oleh Anwar).

“Untuk menyokong (kerajaan perpaduan) tidak bermakna kita perlu ada jawatan (menteri). Tetapi sekiranya perdana menteri mahu memberi jawatan dan mahu sesiapa datang dan bekerjasama dengan kerajaan perpaduan, itu satu perkara yang berlainan,” katanya.

Vigneswaran mengulas kenyataannya di Sinar Harian semalam di mana beliau dilaporkan berkata, MIC tidak akan meminta sebarang jawatan menteri dalam kerajaan Anwar.

Anwar dilantik sebagai perdana menteri Khamis lalu, selepas menjadi ketua gabungan politik yang memperoleh paling banyak kerusi dalam PRU15. Beliau kemudian dititahkan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan yang memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Pakatan Harapan menang 82 kerusi tetapi gagal memperoleh 112 kerusi untuk mendapat majoriti mudah. BN (30) dan parti gabungan dari Sarawak dan Sabah (34) kerusi menyatakan sokongan untuk Anwar membentuk kerajaan.

Perikatan Nasional (73 kerusi) yang dianggotai Bersatu, PAS dan beberapa parti kecil lain pula memutuskan untuk menjadi pembangkang. FMT

BN tak patut tuntut jawatan menteri – MIC


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker