Jangan pertimbang langsung jawatan menteri kewangan, Bersih beritahu Anwar

Jangan pertimbang langsung jawatan menteri kewangan, Bersih beritahu Anwar

Kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tidak mempertimbangkan langsung untuk menjawat jawatan menteri kewangan.

Gesaan itu dibuat selepas Anwar berkata, beliau tidak mempertimbangkan peranan sebagai menteri kewangan “buat masa ini”.

“Anwar sepatutnya tidak langsung mempertimbangkan jawatan itu kerana ia secara keseluruhan akan menghapuskan semak dan imbang dalam kalangan Jemaah Menteri beliau nanti.



“Adakah kita tidak belajar daripada kesalahan (bekas perdana menteri) Najib Razak?,” katanya dalam kenyataan, merujuk skandal 1MDB yang berlaku ketika Najib menjadi menteri kewangan.

Semalam, Anwar berkata, beliau tidak mempertimbangkan portfolio menteri kewangan untuk dirinya ketika memutuskan jawatan penting dalam Jemaah Menterinya nanti.

“Kita akan lihat semua kemungkinan tetapi buat masa ini saya tidak mempertimbangkannya,” katanya kepada wartawan selepas solat Jumaat di Putrajaya.

Anwar adalah bekas menteri kewangan dan timbalan perdana menteri kepada Dr Mahathir Mohamad sebelum dipecat ketika krisis kewangan pada 1997.



Sementara itu, Bersih turut menyambut baik kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin bahawa gabungan itu akan menjadi pembangkang yang efektif.

Bersih juga menggesa pentadbiran Anwar membenarkan penubuhan Jemaah Menteri bayangan dianggotai Ahli Parlimen PN, lengkap dengan gaji, sumber dan akses maklumat untuk menteri bayangan itu.

“Setiap kementerian akan diteliti oleh seorang menteri bayangan yang akan dibayar separuh daripada gaji menteri dan sediakan kakitangan dasar,” katanya. FMT

Jangan pertimbang langsung jawatan menteri kewangan, Bersih beritahu Anwar




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker