Tiada kereta baharu, ubah suai pejabat – Anwar

Tiada kereta baharu, ubah suai pejabat – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tiada pembelian baharu kereta rasmi untuk kegunaannya dan sebarang ubah suai bagi pejabatnya.

Katanya, langkah itu sebagai satu mesej kepada ketua jabatan kerajaan yang lain untuk melakukan penjimatan dan mengelakkan pembaziran.



Perdana menteri berkata pembaziran akan dielakkan bawah pentadbirannya.

Anwar yang ditemui selepas majlis kesyukuran di Masjid Ashabus Solihin, Sungai Long, berkata langkah itu adalah budaya baharu yang ingin dibawanya.

“Ini sebagai mesej kepada semua pimpinan jabatan yang lain supaya ingat dalam keadaan sekarang kita patut mulakan budaya baharu.

“Jangan gunakan wang kerajaan untuk kemudahan kita,” katanya.



Anwar berkata, setiap wang kerajaan akan digunakan sebaiknya bagi mengelakkan pembaziran yang sering berlaku pada pentadbiran sebelum ini.

“Fikirkan yang boleh jimat RM100, RM1,000, RM10,000…itu boleh dipulangkan kepada rakyat yang susah.

“Saya mulakan dari situ selain daripada tak ambil gaji tetapi apa yang penting jangan bazir,” katanya.

Anwar sebelum ini mengumumkan beliau menolak gaji perdana menteri dan hanya akan menerima elaun Ahli Parlimen. FMT



Tiada kereta baharu, ubah suai pejabat – Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya



Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker