UMNO Kelantan Perlu Berani Ketengah Pemimpin Muda – ADUN Galas
UMNO Kelantan Perlu Berani Ketengah Pemimpin Muda – ADUN Galas
GUA MUSANG: Barisan Nasional Kelantan perlu berani mengetengahkan pemimpin muda serta memberi peluang golongan pelapis untuk memimpin parti.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, ramai pemimpin muda atau muka baharu berpotensi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Tidak kira pemimpin parti atau belia, kalau bercakap soal ingin memajukan negeri, maka wajar kita ketengahkan suara dan individu seumpama ini.
“Kita telah melihat beberapa contoh, PRU Johor dan MUDA, kita boleh lihat keputusannya memihak kepada UMNO dan BN.
“Jadi bagi saya UMNO Kelantan perlu berani mengetengahkan pemimpin muka baharu seperti yang dibuat oleh Tengku Razaleigh Hamzah di Gua Musang dan hasilnya kita boleh lihat bagaimana rakyat menerimanya.
“Cumanya bersediakah pemimpin UMNO sedia ada negeri Kelantan memberi muka baharu menerajui kepimpinan ini,” kata Mohd Syahbuddin.
Beliau turut berpendapat UMNO perlu menjadi juara rakyat dengan menerajui isu-isu berkenaan kebajikan, pendidikan dan ekonomi.
Katanya, dia menyokong segala isu atau masalah yang dibawa untuk membantu rakyat walaupun di bawah badan bukan kerajaan (NGO) asalkan tidak ada agenda politik.
Sebelum ini, sekretariat Save Kelantan yang dikepalai bekas exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa kerap membangkitkan permasalahan rakyat, antaranya melibatkan isu air, pembalakan dan peluang pekerjaan anak muda Kelantan.
Sebaliknya, UMNO Kelantan dilihat kurang menyerlah dalam memperjuangkan isu-isu yang dihadapi rakyat Kelantan.
Mengulas lanjut, Mohd Syahbuddin berpandangan pemimpin bahagian dan negeri perlu menyambut dan menyambung isu yang berkisar soal rakyat dengan tidak membiarkan sesetengah pemimpin berseorangan memainkan isu atau perkara berkaitan rakyat.
Dukungan atau support system daripada pimpinan semua peringkat diperlukan supaya isu membabitkan kepentingan rakyat, seperti masalah air, jalinan jalan raya, soal pekerjaan dan membasmi kemiskinan sentiasa diketengahkan kepada kerajaan negeri dengan mengharapkan tindakan dilaksanakan secara tuntas, katanya lagi.-AA
UMNO Kelantan Perlu Berani Ketengah Pemimpin Muda – ADUN Galas
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hamzah Dedah Perangai Zuraida Tidak Aktif Dalam Parti, Kerap Ponteng Mesyuarat
- Masa PKPB Adun PN Melayu Boleh Nyanyi Minum Arak di KTV Hotel tapi…
- Lompat Parti Diibarat Permainkan Undi Rakyat – Zahid
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita naik pentas halang suami menari dengan penyanyi dangdut [VIDEO]
- Pemilihan UMNO bakal dijalankan jika ROS tolak pindaan
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’
Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah