Sedia Kahwini Sera..Netizen Sokong Minta Segera Bekas Kekasih Jadi Pengganti Shuk Sahar [VIDEO]

Sedia Kahwini Sera..Netizen Sokong Minta Segera Bekas Kekasih Jadi Pengganti Shuk Sahar [VIDEO]

KISAH rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya Sera nampaknya masih menarik perhatian netizen apabila kali ini sebuah video dipercayai milik bekas kekasih wanita itu tular di aplikasi TikTok.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik akaun @aidi.qusairy memperlihatkan jejaka itu keluar bersama Sera.

VIDEO DIBAWAH:-

Beberapa kapsyen yang ditulis juga menggambarkan dia sudah lama menunggu cinta Sera dan sedia menjadi pengganti Shuk.



“Janda yang paling ku nantikan. Ex paling gila, walaupun ex tetap aku sayang.
“Kita kawan balik sampai sampai kahwin ok?” tulisnya.

Bagaimanapun, Sehingga kini masih lagi tiada kenyataan rasmi mengenai hubungan rumah tangga Sera dan Shuk.

Menjawab soalan seorang pengikut, jejaka berkenaan berkata, ramai yang meminati Sera namun semuanya ditolak.

“Aku pun kena reject dari darjah 1 sampai hari ini,” katanya.

Sementara itu, Sera turut meninggalkan komen LOL (laugh of laugh) pada video berkenaan.



Rata-rata netizen memberi sokongan dan meminta jejaka berkenaan meneruskan usaha memikat hati Sera.

“Bila suami tak tahu erti menghargai tapi ramai lagi yang menanti.

“Saya setuju tolong cepat sikit rampas tu.

“Dia dah la cantik selayaknya dapat lelaki yang menghargai dia,” ujar beberapa netizen.



Video berkenaan menerima lebih 500,000 tontonan dan 300 komen di media sosial berkenaan.

Pada 18 Mac lalu, Sera hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta sekali gus mengundang pelbagai persoalan tentang status rumah tangganya dengan Shuk.

Keretakan rumah tangga pasangan tersebut berlaku selepas berkali-kali Shuk didakwa berlaku curang terhadap isterinya terutama dengan seorang wanita bernama Farah Salleh.



Untuk rekod, Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkahwin dengan Sera pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

Sekadar info, islam melarang seorang wanita bergelar isteri keluar bersama lelaki bukan mahram. mSTAR

Sedia Kahwini Sera..Netizen Sokong Minta Segera Bekas Kekasih Jadi Pengganti Shuk Sahar [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker