Zuraida Sukar Raih Sokongan Pengundi – Penganalisis politik

Zuraida Sukar Raih Sokongan Pengundi – Penganalisis politik

Tindakan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin yang keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) mungkin menyebabkan beliau berdepan kesukaran untuk meraih sokongan pengundi.

Penganalisis Politik dan Hubungan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, apatah lagi PBM merupakan parti baharu yang masih belum dikenali ramai.

Menurutnya, kekuatan Zuraida itu sebenarnya banyak didukung oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini.

“Apabila beliau lompat masuk Bersatu, sedikit sebanyak boleh bertahan lagi walaupun baharu, tetapi masih parti kerajaan.

“Namun PBM ini parti baharu dan kebanyakannya bekas penyokong PKR yang keluar (parti). Jadi untuk beliau mendapat sokongan untuk bergerak dalam PBM agak sukar.

“Orang pun tidak kenal sangat PBM, jadi untuk beliau bertanding, mungkin agak sukar nak dapat peluang menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Apa-apa pun bergantung bagaimana Zuraida meyakinkan pengundi di kawasan Parlimen Ampang kenapa beliau melompat parti kali kedua.

“Kalau rakyat yakin, mereka akan sokong, kalau tidak, sukar beliau mendapat kepercayaan rakyat lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada Khamis, Zuraida berhasrat meletakkan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selepas mengumumkan keluar daripada Bersatu untuk menyertai PBM.-AA

Zuraida Sukar Raih Sokongan Pengundi – Penganalisis politik

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker