UMNO Tidak Pernah Mati, Tetap Platform Perjuangan … Saban Hari Ahli Bertambah

UMNO Tidak Pernah Mati, Tetap Platform Perjuangan … Saban Hari Ahli Bertambah

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dianggap sebagai tsunami politik apabila kerajaan beralih dengan Barisan Nasional (BN) gagal mendapat sokongan majoriti rakyat termasuklah UMNO yang dianggap ‘mati’ lantaran ramai ahlinya dan wakil rakyatnya yang melompat parti.

Namun demikian, hari ini keadaannya berbeza apabila UMNO terus mendapat tempat malah saban hari pasti ada sahaja bekas ahli yang kembali ke landasan perjuangan malah meninggalkan parti lawan yang dianggap penuh sandiwara.



Hal tersebut diakui oleh Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed yang menyaksikan sendiri bagaimana penglibatan masyarakat untuk kembali memberi sokongan kepada UMNO/BN.

“Sebelum PRU-14 ada hampir 200 Cawangan UMNO dalam bahagian Putatan namun selepas kalah Cawangan UMNO menyusut hingga hanya tinggal 46 sahaja.

“Selepas Ketua UMNO Bahagian pun meninggalkan parti maka saya ambil tanggungjawab untuk menerajui bahagian ini. Sekarang kita ada kawan-kawan dari bekas ahli parti-parti lain. Saban hari ada saja ahli-ahli dari parti lawan yang keluar parti termasuk Naib Ketua Bahagian PPBM dan AJKnya masuk UMNO.

“Alhamdulillah daripada 46 Cawangan kini UMNO Putatan telah ada 118 Cawangan dan semakin hari Cawangan semakin bertambah. Ada yang dulu tidak aktif namun kini kembali diaktifkan dengan persediaan dibuat untuk menghadapi PRU-15,” katanya.

Jelas beliau, hikmah daripada tewasnya BN memberi banyak pengajaran termasuklah pembaharuan dalam UMNO.



“Sebelum ini ketua-ketua bahagian dianggap mesti mempunyai segala-galanya misalnya duit banyak, rumah besar, kereta banyak tetapi dengan kekalahan pada PRU lalu, senario itu sudah bertukar yang bermakna sesiapa saja boleh menjadi pemimpin.

“Sebagaimana kata peribahasa Melayu bahawa pemimpin silih berganti, yang patah akan tumbuh dan di sini maknanya proses belajar berlaku selepas tewas PRU-14. Ia sangat berbeza dengan keadaan sewaktu BN menjadi kerajaan dan sewaktu Sabah bukan dalam pentadbiran BN.

“Ditambah lagi dengan pelbagai tekanan, pembekuan akaun dan kewangan, maka perubahan itu sangat drastik berlaku sedangkan UMNO sebagai parti politik memerlukan dana tetapi saya percaya ketika itulah proses pembersihan parti dan percaya Allah memberikan tanggungjawab kepada kita dan akan mempermudahkan segalanya.”

Beliau yang mengambil alih bahagian Putatan selepas PRU ke-14 mengakui mengurus bahagian terbabit amat mencabar apatah lagi selepas Parlimen P173 Putatan jatuh ke tangan pihak lawan hinggakan ramai anggota parti yang menjauhkan diri.

“Saya mesti memikirkan bagaimana untuk menghidupkan bahagian ketika itu. Siapa yang mahu teruskan maka teruskanlah. Ada jawapan antara mereka meninggalkan UMNO kerana tak dapat masuk kementerian untuk dapatkan projek sedangkan itu bukan prinsip kita dalam perjuangan, prinsip itu tidak tepat dan tidak sepatutnya berada dalam hati seorang pejuang.



“Tinggalkan UMNO tak apa tetapi menghina kita jangan sekali kerana parti inilah yang pernah memberikan penghidupan kepada mereka.

“Untuk mengurus kekecewaan bukan satu perkara yang mudah tetapi kita nampak kekuatan parti kita… parti kita memerlukan sokongan dan hari ini kita yakin hanya UMNO/BN mampu jaga rakyat.”

Berkaitan parti lawan termasuk Parti Warisan yang dianggap kuat, beliau yakin rakyat bijak menilai.

“Ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, sentimen ketika itu Parti Warisan dilihat agak kuat namun dari segi jentera mereka tidak ada tetapi sentimen isu yang mereka mainkan sudah mendapat tempat di hati pengundi.



“Namun kini suasananya berbeza malah saya sendiri merasa teruja dengan keadaan pada Konvensyen BN Sabah yang lalu apabila kehadiran mencecah lebih tujuh ribu orang.

“Itu adalah tiupan semangat kepada kita untuk terus berjuang khususnya untuk mendepani PRU-15. Dulu selepas kalah PRU-14, nak pakai baju BN pun orang tak berani sedangkan sekarang ini pelanggan berbaris untuk mendapatkan baju BN. Harap ini adalah ‘starting point’ untuk membina gelombang biru di Sabah,” katanya lagi mengakhiri temubual eksklusif bersama UMNO Online. – UMNO Online

UMNO Tidak Pernah Mati, Tetap Platform Perjuangan … Saban Hari Ahli Bertambah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker