Perdana Menteri Bertemu Mahathir Di Tokyo, Tanya Khabar
Perdana Menteri Bertemu Mahathir Di Tokyo, Tanya Khabar
TOKYO: Meskipun berbeza ideologi politik namun ‘perseteruan’ itu tidak memutuskan hubungan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kedua-dua pemimpin itu bertemu semasa majlis makan malam Persidangan Antarabangsa ke-27 Mengenai Masa Depan Asia di Tokyo, Jepun malam tadi.
“Beliau (Dr Mahathir) berada di Jepun untuk turut memberi ucaptama pada Persidangan Nikkei ke-27 itu hari ini.
“Saya menyampaikan ucaptama pada persidangan itu dalam bahasa Melayu semalam,” katanya dalam Facebook miliknya di sini, pada Jumaat.
Dihoskan Nikkei Inc. setiap tahun sejak 1995, persidangan itu menghimpunkan pemimpin-pemimpin kerajaan dan tokoh-tokoh perniagaan bagi berkongsi visi untuk masa depan Asia.
Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi ke Jepun selama enam hari sehingga Sabtu ini.
Lawatan pertama Ismail Sabri ke Jepun selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos lalu itu juga merupakan lawatan paling berprofil tinggi ke negara matahari terbit itu selepas lebih dua tahun susulan sekatan pergerakan ekoran pandemik COVID-19.
Ismail Sabri turut dijadualkan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Fumio Kishida, yang baru memegang jawatan itu Oktober lalu dalam lawatannya ini.-AA
Perdana Menteri Bertemu Mahathir Di Tokyo, Tanya Khabar
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hamzah Dedah Perangai Zuraida Tidak Aktif Dalam Parti, Kerap Ponteng Mesyuarat
- Masa PKPB Adun PN Melayu Boleh Nyanyi Minum Arak di KTV Hotel tapi…
- Lompat Parti Diibarat Permainkan Undi Rakyat – Zahid
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita naik pentas halang suami menari dengan penyanyi dangdut [VIDEO]
- Pemilihan UMNO bakal dijalankan jika ROS tolak pindaan
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’
Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah
You must be logged in to post a comment.