PICKids: Tiada Lagi Vaksin Pfizer, Sinovac Untuk Kanak-Kanak Selepas 31 Mei – ProtectHealth

PICKids: Tiada Lagi Vaksin Pfizer, Sinovac Untuk Kanak-Kanak Selepas 31 Mei – ProtectHealth

Tiada lagi vaksin Pfizer dan Sinovac yang akan ditawarkan secara percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) tamat pada 31 Mei ini.

Pengurus Program Vaksin ProtectHealth, Dr. Hue Hwa Ching berkata, bagaimanapun bagi kanak-kanak yang baharu sahaja memasuki usia 5 tahun pada atau selepas tarikh tersebut masih boleh mendapatkan suntikan vaksin pertama dan kedua di PPVGP atau klinik swasta.



Kesemua senarai PPV bagi suntikan PICKids boleh disemak di laman web protecthealth.com.my bagi memudahkan urusan mereka.

Jelasnya lagi keputusan untuk menamatkan program tersebut hujung bulan ini adalah disebabkan sambutan yang kurang memberangsangkan dari kalangan ibu bapa di negara ini selain tarikh luput vaksin yang semakin hampir.

“Saya ingin mengingatkan ibu bapa supaya mendaftarkan anak mereka dan mendapatkan vaksin sebelum 31 Mei ini. Kanak-kanak yang tidak divaksin berisiko dua kali ganda (dijangkiti) berbanding mereka yang telah divaksin,” katanya.

Sebelum ini, KKM memutuskan untuk melanjutkan tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama COVID-19 bagi kanak-kanak menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) dari 15 Mei kepada 31 Mei.-AA



PICKids: Tiada Lagi Vaksin Pfizer, Sinovac Untuk Kanak-Kanak Selepas 31 Mei – ProtectHealth

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker