Ini punca mengapa kanak-kanak 12 tahun dirogol di Kemaman

Gambar Hiasan***

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dirogol selepas keluar bersama lelaki dikenali menerusi aplikasi cari jodoh, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu Suffian Sulaiman.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam, Khamis lalu, mangsa dibawa lelaki berusia 28 tahun ke sebuah bengkel, di Kemaman.

Suffian berkata, mangsa terdahulu mengikuti ibunya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, untuk melawat ahli keluarga, pada 1.30 petang.

Katanya, mangsa yang hanya menunggu di lobi hospital berhubung dengan seorang lelaki dikenalinya melalui aplikasi cari jodoh itu, sebelum keluar mengikutinya ke Kemaman, tanpa pengetahuan ibunya.



Beliau berkata, ketika di sebuah stesen minyak di Kemaman, mangsa kemudian dijemput seorang lelaki lain yang turut dikenali menerusi aplikasi sama dan dibawa bersiar-siar menaiki kereta di sekitar kawasan itu.

“Sewaktu dalam kereta, mangsa mendakwa lelaki yang bekerja sebagai mekanik itu memberikannya minuman yang menyebabkannya mengantuk sebelum dibawa ke sebuah bengkel.

“Mangsa yang tertidur hanya terjaga apabila suspek menanggalkan seluar lalu merogolnya,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Suffian berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kemaman, kira-kira 5 pagi, Jumaat lalu.



“Susulan itu, polis menahan lelaki terbabit kira-kira 2 petang di sekitar daerah ini dan suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker