Warga Finland Sempat Minta Tolong Di Facebook Sebelum Ditemui Mati



Warga Finland Sempat Minta Tolong Di Facebook Sebelum Ditemui Mati

SUBANG JAYA: Lelaki warga Finland ditemui mati di kediamannya di Jalan USJ 2/4f di sini selepas meminta pertolongan orang ramai untuk hantarnya ke hospital menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menerima laporan daripada kawan mangsa seorang wanita warga China berusia 39 tahun selepas mangsa gagal dihubungi.

“Pada 19 Mei jam lebih kurang 10 malam pengadu seorang wanita warga China menghubungi talian MERS999 apabila mesej pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada kawannya berusia 50 tahun tiada respon selepas melihat hantaran Facebook tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui seorang lelaki (mangsa) dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik ketiga,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Abd Khalid berkata, siasatan awal mendapati pintu rumah tersebut tidak berkunci, dan dalam keadaan gelap serta berselerak di bahagian bilik.




Katanya, mangsa yang tinggal bersendirian dipercayai tidak mempunyai musuh dan dikatakan seorang yang mesra menurut jirannya di kawasan perumahan terbabit.

“Petugas perubatan mengesahkan kematian mangsa dan berdasarkan kedudukan fizikal mangsa polis tidak menemukan sebarang kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah atau keraguan di dalam kematiannya.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kematian diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),”ujarnya.-SH

Warga Finland Sempat Minta Tolong Di Facebook Sebelum Ditemui Mati

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: