Penyanyi Aina Abdul Cetus Inspirasi Buat Netizen, Bersenam Di Gim Pakai ‘Dress’ [VIDEO]

Penyanyi Aina Abdul Cetus Inspirasi Buat Netizen, Bersenam Di Gim Pakai ‘Dress’ [VIDEO]

PENYANYI berbakat besar Aina Abdul mencuri perhatian ramai apabila melakukan aktiviti mengangkat berat di gimnasium sambil memakai ‘dress’ labuh.

Menerusi laman sosial Instagram, Aina berkongsi sebuah video momen sewaktu sesi workout (senaman) tersebut untuk tatapan umum.

Quick gym session after work. Session hari ni terserempak dengan Syamel,” tulis Aina di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi kurang 20 saat itu menunjukkan Aina gigih menjaga staminanya bersempena konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang akan diadakan di Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun kelak.



Mengenakan dress labuh kembang dengan tudung hitam, Aina kelihatan cukup fokus bagi menghabiskan gerakan senamannya.

Antara beberapa peralatan senaman di gimnasium yang digunakan adalah seperti besi angkat berat dan dumbell.

Dalam pada itu, ramai peminat terhibur melihat Aina memakai dress labuh ketika melakukan aktiviti di gim sambil menutup aurat.

Tidak kurang juga ada yang menunjukkan tanda hormat dan kagum mereka buat pelantun lagu Sumpah itu.



View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)



Damn! You go girl, wow gym in a dreas,” komen seorang netizen.

Why wear gym outfit when you can be a muslimah in the gym. Hehe salute Kak Aina,” sokong seorang netizen.

Ambuiiii tetap vass pakai dress Zara,” usik seorang netizen



Onznya outfit workout dia,” tulis seorang lagi warga maya.

“Pakaian longgar bukan penghalang kita pergi ke gym. Aina dah buktikan,” jelas seorang netizen.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 60,000 tontonan daripada netizen.-GEMPAK



Penyanyi Aina Abdul Cetus Inspirasi Buat Netizen, Bersenam Di Gim Pakai ‘Dress’ [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker