Kanak-kanak Hilang Disambar Buaya Ke Dasar Sungai Di Telaga Air

Kanak-kanak Hilang Disambar Buaya Ke Dasar Sungai Di Telaga Air

KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki Mohamad Adammi Mokhtar, 7, hilang diserang buaya dalam kejadian terkini di Kampung Nyabut, Telaga Air dekat sini.

Menurut Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii, insiden dipercayai berlaku sekitar jam 8.30 pagi.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa sedang duduk bersama-sama nenek dan kakaknya di tebing sungai berkenaan sambil mengambil air.
“Bagaimanapun secara tiba-tiba, muncul seekor buaya lalu menyambar kanak-kanak berkenaan dan mengheretnya ke dasar sungai.

Kata Ling Hii, sebaik menerima laporan kejadian sekitar jam 9.30 pagi tadi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya telah diatur gerak ke lokasi.

“Setiba di lokasi, dengan kekuatan lima anggota, pasukan ini segera mengaktifkan gerakan mencari dan menyelamat.

Bomba katanya lagi, turut menghubungi pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) bagi mendapatkan bantuan pasukan elit pemburu buaya SWAT SFC.

Ini merupakan kes kedua melibatkan serangan buaya di Sarawak dalam tempoh tiga hari, dengan kes yang pertama berlaku di Kampung Kangka, Sempadi, kira-kira 30 minit perjalanan dari Telaga Air.-AA

Kanak-kanak Hilang Disambar Buaya Ke Dasar Sungai Di Telaga Air

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker