TLDM tahan empat pendatang asing

TLDM menahan bot dan empat pendatang tanpa izin dipercayai warga Indonesia kerana menceroboh di perairan Johor Selatan, malam Jumaat.

IPOH – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan empat pendatang tanpa izin dipercayai warga Indonesia kerana menceroboh negara melalui jalan laut yang tidak diwartakan di perairan Johor Selatan, malam Jumaat.

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat, TLDM Lumut, kesemua lelaki berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan kira-kira 9.30 malam bersama seorang lelaki dipercayai tekong warga tempatan.

“Aset TLDM bot tempur laju FCB 1124 dan bot pemintas Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) Lepau yang dalam penugasan Op Benteng Laut di bawah perintah kawalan KD Handalan di lapangan telah mengesan keberadaan sebuah bot yang sedang bergerak dari Pasir Gudang menuju ke arah Selat Singapura.

“FCB 1124 dan RHIB Lepau lantas mengambil tindakan pantas memintas bot itu dan kemudian berjaya menahan di kedudukan kira-kira satu batu nautika selatan Tanjung Pengelih,” menurut kenyataan itu.



Kesemua pendatang tanpa izin dan tekong itu dibawa ke Jeti Pos Maritim Pengerang serta diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Tanjung Sedili, Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

– Bernama

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi



Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker