Isham Jalil Sokong PM Bentang Akta Pembiayaan Politik Di Kabinet

Isham Jalil Sokong PM Bentang Akta Pembiayaan Politik Di Kabinet

Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil menyatakan sokongan beliau dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membentangkan cadangan akta pembiayaan politik di kabinet.

“Sudah lama saya bawa dan perjuang perkara ini, dan saya pernah tulis berkenaan hal ini dan masalah politik wang dalam buku saya pada tahun 2018 bertajuk ‘Halatuju Orang Melayu dan UMNO pasca 9 Mei 2018,” kata Isham menerusi posting di Facebooknya.

Menurut Isham, sebelum tahun 2018, beliau pernah membawa cadangan akta pembiayaan politik ini namun ditolak oleh ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) serta parti komponennya, DAP dan PKR.

Dalam masa yang sama, beliau juga pernah membangkitkan semula cadangan ini kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan seterusnya hanya sepi tanpa ada apa-apa keputusan.

“Pada tahun lepas, dalam satu forum antarabangsa berkenaan politik dan rasuah, saya pernah tanya Ahli Parlimen Seputej, Teresa Kok apa jadi kepada janji mereka untuk buat reform berkenaan pembiayaan politik setelah PH ambil alih kerajaan.

“Dia berkata, ia ada dibincang tetapi tidak diteruskan dan perkara itu ‘fizzled out’ atau dilupakan begitu sahaja,” ujar Isham.

Isham berkata, akta ini juga usaha akta ni juga untuk membendung kes rasuah yang terjadi dalam kalangan parti politik dan ianya tidak terhad kepada satu parti sahaja sepertimana juga berlaku kepada parti PH.

Sewaktu PH menjadi kerajaan pada tahun 2018, terdapat ramai pemimpin mereka yang ditangkap dan didakwa atas tuduhan memakan rasuah seperti Lim Guan Eng namun dilepaskan oleh Peguam Negara.

Anwar Ibrahim juga pernah dipenjara selama 6 tahun atas lima pertuduhan rasuah dan juga salah guna kuasa ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Begitu juga dengan anak muda yang baru menjadi menteri, Syed Saddiq yang ditangkap atas tuduhan salah guna kuasa yang melibatkan wang berjuta ringgit.

“Kini transformasi dalam pembiayaan politik ini semakin dekat menjadi dasar. Saya harap ia akan menjadi kenyataan dan kita perlu bersihkan politik Mlalaysia,” tegas Isham lagi.-BNC

Isham Jalil Sokong PM Bentang Akta Pembiayaan Politik Di Kabinet

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker