11 Nelayan Vietnam Ditahan Menangkap Gamat Secara Haram



11 Nelayan Vietnam Ditahan Menangkap Gamat Secara Haram

Kota Kinabalu: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua bot bersama 11 nelayan asing Vietnam kerana menceroboh perairan negara di kawasan utara laut Pulau Langkayan, Sandakan, semalam.

Semua mereka ditahan bersama peralatan menangkap gamat dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM2.8 juta.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, bertindak atas maklumat risikan awam dan tindakan pantas Unit Risikan Marin PPM Sandakan merangka pengoperasian membanteras pencerobohan bot-bot asing di kawasan berkenaan.

Katanya, hasil daripada operasi itu berjaya menahan dua bot nelayan milik warga Vietnam.

“Kita menangkap seramai 11 individu terdiri daripada juragan dan awak-awak warga Vietnam berusia lingkungan 10 hingga 49 tahun.




“Pemeriksaan awal didapati semua suspek tidak mempunyai dokumen diri serta tiada kebenaran atau permit bagi menjalankan aktiviti menangkap hidupan laut di perairan negara secara sah daripada Jabatan Perikanan Malaysia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad berkata, pihaknya turut merampas lapan set peralatan menangkap gamat dan hasil gamat yang dicuri tersimpan dalam beberapa tong yang diperoleh secara haram.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM2,873,000 keseluruhannya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a) Akta Perikanan 1985 untuk juragan kapal dan Seksyen 11(3)(b) Akta Perikanan 1985 untuk peralatan perikanan.

“Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen sah masuk ke negara ini,” katanya.-HM




11 Nelayan Vietnam Ditahan Menangkap Gamat Secara Haram

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Leave a Reply

Your email address will not be published.