Zaman Mahathir ‘Crony is King’ – Ahmad Maslan



Gambar Hiasan

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan hari ini memberikan tiga sebab mengapa rakyat sudah mula muak dan beranggapan pemimpin Pejuang Dr Mahathir Mohamad kini “kurang relevan”.

Antaranya, kata Ahmad, adalah kata nista yang dilontarkan kepada Najib Razak kerana menyebut “cash is king, king is rakyat” atau “wang adalah raja, raja itu adalah rakyat” semasa perbahasan di televisyen baru-baru ini.

“(Mahathir) beliau patut ingat yang di zamannya, ‘crony is king’ dan bukan rakyat, rakyat, rakyat yang didahulukan.

“Ideologi ekonomi dalam memperkayakan segelintir kroni dengan anggapan yang lain akan mendapat faedahnya, sukar untuk menjadi.

“Hasilnya, kroni beliau yang sedikit itu menjadi kaya dan rakyat biasa, terutama sekali Melayu/Bumiputera masih kurang berjaya sehingga kini.




“Mahathir pernah mengatakan bahawa beliau tidak pernah ada kroni, cuma ada orang yang layak dan berkebolehan. Mustahil jika dalam 32 juta rakyat Malaysia yang ada, hanya kroni beliau sahaja yang berkebolehan,” kata Ahmad.

Kurang siuman

Pada 12 Mei lalu, Najib berdebat dengan ketua pembangkang Anwar Ibrahim berhubung kemelut kewangan yang melanda Sapura Energy Bhd.

Semasa debat berkenaan, Najib berkata cara terbaik untuk membantu golongan miskin adalah dengan memindahkan wang tunai terus ke akaun bank mereka, kerana “cash is king, king itu adalah rakyat,”.

Empat hari kemudian, Mahathir mengkritik Najib sebagai “kurang siuman” kerana membuat kenyataan sedemikian.




Sebab kedua hujah Ahmad bahawa Mahathir “kurang relevan” adalah kerana bekas perdana menteri itu tidak mengutamakan dasar-dasar pro-rakyat seperti BR1M (pemberian tunai bersasar), Klinik 1Malaysia, Kedai 1Malaysia dan subsidi bantuan kepada penoreh getah, nelayan sert yang lain-lain.

Sebaliknya, kata Ahmad, Mahathir menganggap semua itu sebagai membazir dan memanjakan orang Melayu.

Sebagai perbandingan, Ahmad berkata kali kedua, tempoh Mahathir sebagai perdana menteri yang menganjurkan Kongres Maruah Melayu tidak menawarkan apa-apa yang konkrit kepada orang Melayu.

“Baru-baru ini beliau berkata ada banyak perancangan untuk membangunkan orang Melayu namun tidak sempat kerana telah dibuang dan ditolak jatuh dari jawatan perdana menteri.

“Beliau sudah lupa, bahawa beliau lah yang meletakkan jawatan dan mencetuskan konflik pentadbiran. Konflik ini telah menjatuhkan kerajaan yang diundi rakyat pada PRU-14,” katanya.




Dinamika politik

Akhirnya, sebab ketiga hujah Ahmad bahawa Mahathir menjadi “kurang relevan” adalah kerana dirinya tidak lagi dapat menguruskan dinamika politik Malaysia.

“Parti Pejuang adalah parti ketiga beliau (Mahathir) setelah Umno; keluar Umno, masuk Umno; keluar semula Umno tubuh Bersatu; keluar Bersatu, tubuh Pejuang.

“Ketika Bersatu di dalam Pakatan Harapan (PH), Mahathir gagal ‘mengawal’ Muhyiddin Yassin dan suatu perancangan ‘scheme of things’ berlaku yang menjadi rahsia umum itu.

“Mahathir juga gagal ‘mengawal’ (DAP dengan doktrin politik yang dapat memastikan parti itu menjaga kepentingan Melayu/Bumiputera dalam setiap dasar, tindakan dan tutur kata,” kata Ahmad lagi.




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Leave a Reply

Your email address will not be published.