Kenapa Harga Barang Naik?



Oleh Nurul Aisyah

ISU kenaikan harga barang menjadi hangat sejak kebelakangan ini memandangkan ianya berada di paras yang sangat membimbangkan. Tambahan pula harga semua barangan keperluan dijangka meningkat sehingga 60 peratus bulan depan (Jun) berikutan kerakusan peniaga dan kartel yang mengambil kesempatan situasi terkini dunia.

Rakyat Malaysia mulai sedar kenaikan itu sejak Ramadan, apabila harga barangan keperluan asas kritikal seperti daging, ayam dan sayur-sayuran melambung tinggi.

Kenaikan harga barangan makanan mentah boleh mengakibatkan kesan berantai yang melibatkan peningkatan dalam industri makanan dan minuman (F&B).

Persoalannya kenapa harga barang naik?




Barang makanan diimport mengalami kenaikan harga susulan perang Rusia-Ukraine yang telah menjejaskan sektor import dan mengakibatkan penawaran kurang manakala permintaan tinggi.

Kadar tukaran matawang tinggi turut menyebabkan kenaikan harga barang keperluan. Kesan kejatuhan mata wang Malaysia mula dirasai sejak dua minggu lalu sekali gus turut memberi kesan kepada kenaikan cukai keluar masuk barang. Perkara ini sudah tentu mengakibatkan harga barangan keperluan melonjak dan membebankan rakyat.

Bagi kilang-kilang yang mengimport bahan mentah, kenaikan harga barangan import menyebabkan kos pengeluaran meningkat. Akhirnya beban kos tersebut berpindah kepada pengguna.

Sesetengah barang sukar dihasilkan di Malaysia seperti epal, gandum, bawang, lobak dan sebagainya. Kebergantungan kepada barang-barang yang diimport ini menyebabkan kenaikan harga barang.

Harga haiwan ternakan juga mengalami kenaikan apabila harga makanan haiwan bertambah mahal memandangkan ianya juga diimport.




Kenaikan bahan api juga antara punca utama kenaikan harga barang-barang. Mobiliti kesemua barang-barang keperluan sememangnya bergantung kepada kos bahan api.

Gaji minimum yang dilaksanakan baru-baru ini turut memainkan peranan dalam kenaikan harga barang. Peningkatan kuasa beli dan kenaikan gaji minimum dijadikan alasan peniaga menaikkan harga barang. Pengguna pula tidak mempunyai pilihan selain untuk membeli untuk kelangsungan hidup.

Itu antara sebab-sebab kenaikan harga barang keperluan kita. Kini apa tindakan untuk mengatasi perkara ini. Semalam, PM telah mengumumkan penghapusan permit import(AP). Perkara tersebut disambut baik oleh kebanyakkan pihak kecuali pembangkang.

Bekas menteri pertanian kerajaan Pakatan Harapan(PH) Salahuddin Ayub dari parti Amanah berpendapat langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) untuk bahan makanan dianggap dibuat tergesa-gesa dan mendedahkan pihak tertentu (peniaga) dalam negara dengan risiko kerugian.

Dalam apa juga keadaan, rakyat sentiasa berada di nombor terakhir dalam senarai keutamaan PH. Ketika rakyat menderita akibat kenaikan harga barangan yang tidak masuk akal dan kerajaan memberikan penyelesaian buat masa ini namun PH pula cuba mengagalkannya dengan alasan ianya merugikan peniaga yang selama ini sudah pun kaya raya.






Leave a Reply

Your email address will not be published.