Sultan Perak Berkenan Dengar Taklimat Kemalangan Lima Pelajar USAS
Sultan Perak Berkenan Dengar Taklimat Kemalangan Lima Pelajar USAS
KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan berangkat mendengar taklimat berhubung tragedi kemalangan jalan raya di Kilometer 245.2 arah utara Lebuh Raya Utara Selatan yang mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada 12 Mei lalu.
Baginda yang juga Canselor USAS menzahirkan rasa amat dukacita mengenai kejadian yang melibatkan kehilangan nyawa lima orang pelajar itu secara sangat tragik dan mengerikan.
Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan RM50,000 kepada USAS untuk disampaikan kepada lima keluarga mangsa yang terlibat.
Ahmad Suaidi berkata, Sultan Nazrin telah dipersembahkan taklimat oleh Naib Canselor USAS, Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi; Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Ketua Jabatan dan Pakar Perubatan Forensik Hospital Taiping, Dr N. Murali.
Sesi sembah taklimat yang mengambil masa kira-kira sejam itu, berlangsung di Bangunan Pentadbiran USAS, Kuala Kangsar pada Khamis.
Ahmad Suaidi berkata, walaupun pada hakikatnya ajal maut ditentukan Ilahi, baginda berpendirian bahawa Allah SWT juga menyeru manusia agar berusaha dan berikhtiar untuk mengelakkan diri daripada ancaman, bencana, bahaya dan malapetaka.
Kata beliau, Sultan Nazrin turut bertitah banyak langkah pencegahan boleh dan perlu dilakukan.
Sehubungan itu, katanya, baginda menitahkan semua pihak yang berkaitan menjadikan tragedi itu sebagai pengajaran, mengenal pasti dan menerima kelemahan yang ada untuk dilakukan penambahbaikan, terutama dari sudut penguatkuasaan undang-undang dan peraturan agar kejadian kemalangan yang tragik seperti ini dapat dielakkan daripada berulang.
Sultan Nazrin turut menzahirkan simpati dan ucapan takziah kepada ibu bapa dan ahli keluarga mangsa yang telah kehilangan anak dan ahli keluarga dalam usia yang begitu muda, dan menghadapi ajal dengan cara yang sangat memilukan hati.
Baginda berdoa agar ibu bapa dan ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian berat Ilahi dengan redha serta mendoakan roh kelima-lima mangsa yang terkorban dilimpahi rahmat ihsan Ilahi dan ditempatkan dalam kalangan roh para solihin.
Kesemua lima mangsa itu ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.-AA
Sultan Perak Berkenan Dengar Taklimat Kemalangan Lima Pelajar USAS
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sah diracun! Yogi sikucing selebriti dan rakan mati akibat perbuatan khianat
- Keluarga saman TikTok selepas anak maut sertai cabaran
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Pendaki Gunung Suku hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa
- Usul pinda perlembagaan disokong sebulat suara bukti UMNO sedia hadapi PRU-15
- GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak
- Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- Perang mulut antara Tian, Prabakaran makin panas
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET