Pemergian selebriti yang dicemburui

Paling memilukan jika kematian tersebut berlaku pada bulan penuh berkat dan hanya datang sekali dalam setahun iaitu Ramadan.

Manakan tidak, pasti kegembiraan dan keriangan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri sudah tiada erti dan maknanya lagi bagi keluarga si mati.

Gala minggu ini membawakan kisah beberapa selebriti terkenal dalam dan luar negara yang pada bulan mulia, Ramadan buat selama-lamanya.

Julia Perez

DUNIA hiburan Indonesia dikejutkan dengan pemergian penyanyi dan pelakon terkenal Julia Perez yang meninggal akibat kanser rahim tahap empat.
Julia atau lebih dikenali sebagai Jupe menghembuskan nafas terakhir pada 10 Jun 2017 iaitu ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadah puasa pada pertengahan bulan Ramadan.

Allahyarham menghembuskan nafas pada usia 37 tahun setelah tiga tahun bertarung nyawa akibat kanser yang ditanggungnya.
Sepanjang hayat, Julia banyak mewarnai dunia lakonan dan seni suara serta sering dihimpit dengan pelbagai kontroversi seperti membela anjing dan gaya hidup liberal.

Abu Bakar Omar

Siapa tidak kenal dengan pelakon veteran yang cukup berbakat dalam dunia lakonan sejak lebih 30 tahun ini.
Allahyarham Abu Bakar Omar menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Kedah, Alor Setar akibat masalah jantung pada April tahun lalu.

Lebih memilukan, Allahyarham meninggal pada hari keempat Ramadan. Kematian Abu Bakar, 72, disahkan anak sulungnya, Mohd. Zainuddin yang terdahulu menghantar bapanya ke hospital selepas waktu berbuka malam sebelumnya. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat cahaya mata.

Ismail Din

Pelakon veteran yang cukup terkenal dengan watak-watak komedi, Ismail Din mengejutkan dunia hiburan apabila meninggal dunia pada 22 Oktober 2005 iaitu 17 tahun lalu.

Pemergian Ismail yang ketika itu berusia 54 tahun merupakan kematian paling dicemburui semua yang bergelar umat Islam kerana dijemput Ilahi ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah pada bulan Ramadan.

Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung ketika melakukan ibadah di depan Kaabah. Jenazah Ismail disemadikan di sana.
Ketika hayatnya, Ismail yang memulakan kerjaya lakonan pada 1964 banyak terlibat dengan pelbagai drama serta filem popular seperti Mami Jarum dan Anak Mami The Movie.

Irrfan Khan

BINTANG filem ternama Hollywood, Irrfan Khan yang popular menerusi filem New York, I Love You menghembuskan nafas terakhir pada 2020 ketika berusia 53 tahun.
Irrfan yang juga merupakan pemenang bagi kategori aktor terbaik Anugerah Kebangsaan India meninggal dunia disebabkan kanser usus.

Kematiannya pada bulan Ramadan yang memasuki hari ketujuh pada 26 April tahun tersebut cukup mengejutkan seluruh kaum keluarga dan industri hiburan India.
Ketika hayat, Irrfan pernah membintangi lebih 100 buah filem dan memenangi pelbagai anugerah hasil karya lakonan mantapnya.
Antara filem terkenal lakonannya ialah Life of Pi, Jurassic World, The Amazing Spiderman dan Slumdog Millionaire.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker