Aksi Lucu Awal Ashaari Posing Depan Palang Pagar Undang Netizen Terhibur [VIDEO]

Aksi Lucu Awal Ashaari Posing Depan Palang Pagar Undang Netizen Terhibur [VIDEO]

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Awal Ashaari berdepan tuduhan melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan palang pagar di sebuah kawasan perumahan di Petaling Jaya, Selangor.

Menerusi penjelasan semalam, selebriti berusia 41 tahun itu memaklumkan bahawa dia hanya mengalihkan palang tersebut menggunakan tangan dan bukan melalui cara kekerasan seperti melanggar dengan kereta.

Terbaru, Awal berkongsi satu video kompilasi beberapa gambar memaparkan dia ‘berposing’ di hadapan sebuah palang seolah-olah memerli pihak pengurusan perumahan berkenaan.

Malah bekas pengacara program Melodi itu sempat berkata, tiada sebarang kerosakan lagi terjadi kepada palang tersebut ketika dia mengambil gambar di situ.

“Jangan risau, tiada palang yang rosak ketika proses ini,” tulis pemilik nama Ahmad Awaluddin Ashaari itu.

Berdasarkan video berdurasi 19 saat itu, Awal membuat pebagai gaya dengan di hadaon palang berkenaan sehingga rakan artis dan pengikutnya terhibur dengan aksi dihasilkan.

VIDEO DIBAWAH:-

Difahamkan, bapa dua cahaya mata itu dihalang bagi memasuki kediaman tersebut kerana mempunyai tunggakan bayaran yuran fasiliti dengan pihak pengurusan.

Pagar mana jadi mangsa ni?

Saya lagi hebat, langgar pagar tu dengan kereta

Perli baik punya…

Terdahulu mengikut pertuduhan, Awal didakwa melakukan khianat apabila merosakkan palang pagar milik pengurusan dengan kerugian sebanyak RM600.-OM

Sumber: Instagram Awal Ashaari

Aksi Lucu Awal Ashaari Posing Depan Palang Pagar Undang Netizen Terhibur [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker