5 pelajar USAS rentung: Pemandu treler mengaku tak bersalah

KUALA KANGSAR: Seorang pemandu treler didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas lima pertuduhan memandu dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lima pelajar yang rentung selepas kereta dinaiki terbakar, pada Khamis lalu.

Mohammad Amirul Aznizam Razali, 28, mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari.

Tertuduh didakwa sebagai pemandu treler jenis Volvo telah memandu kenderaan itu di atas jalan raya dengan berbahaya kepada orang awam hingga menyebabkan kematian Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, Muhamad Nabil Haikal Muhamad Fariz, 19, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di KM245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, pada kira-kira 1 pagi, 12 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama iaitu penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM50,000 jika sabit kesalahan serta butiran sabitan diendors pada lesen memandu orang yang disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Asmaniza Mohammad, mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan lesen digantung sehingga kes selesai.

Bagaimanapun, peguam G Ravishankar yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya perlu menanggung isteri dan tiga anak berusia dua hingga 14 tahun.

Shazmeer memerintahkan lesen tertuduh digantung dan membenarkan tertuduh diberikan jaminan berjumlah RM20,000 iaitu RM4,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 30 Jun depan untuk sebutan semula kes.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker