Pendakwaan tutup kes Bung Moktar dan Zizie

KUALA LUMPUR – Selepas 30 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan, pihak pendakwaan hari ini menutup kes rasuah Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How kepada Hakim Rozina Ayob selepas saksi pendakwaan terakhir yang juga pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Norsharil Saharom, 37, selesai memberi keterangan.

Terdahulu, semasa prosiding Chin How menawarkan lapan lagi saksi kepada pasukan pembelaan. Bagaimanapun, peguam mewakili Zizie Izette, Datuk K. Kumaraendran menolak tawaran pihak pendakwaan itu kerana tiada keperluan ketika ini.



Justeru Hakim Rozina kemudian kedua-dua belah pihak memfailkan hujahan bertulis selewat-lewatnya 17 Jun ini.

Bagi hujahan lisan pula, mahkamah menetapkan pada 24 Jun ini sebelum memutuskan sama ada Bung Moktar dan Zizie Izette dibebaskan atau diarahkan membela diri.

Sebelum ini seramai 30 saksi pendakwaan dipanggil menberi keterangan antaranya bekas Pengurus Besar Pelaburan Felcra, Adnan Yusof, Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Felcra, Dr Habibah Suleiman dan dua perunding unit amanah Public Mutual Berhad iaitu Norhaili Ahmad Mokhtar dan Madhi Abdul Hamid memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 2 Januari 2020.

Mengikut pertuduhan Bung ,64, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah sejumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.



Bung yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif pada ketika itu, dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid, 38, menerusi isterinya Zizie,44,.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank cawangan Taman Melawati, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini antara pukul 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015.

Beliau didakwa menerima suapan wang tunai untuk dirinya sebanyak RM335,500 daripada seorang lagi ejen pelaburan Public Mutual Norlaili Ahmad Mokhtar, 42, di bawah nama Zizie atas sebab yang sama.

Zizie juga didakwa atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara yang sama, di tempat, tarikh dan masa yang sama. -KOSMO! ONLINE



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker