Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST
Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST
Tindakan Pakatan Harapan (PH) menghapuskan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) menyebabkan kerajaan menghadapi penguncupan tekanan hasil.
Datuk Seri Najib Razak berkata, sekiranya regim percukaian itu masih ada ketika ini, maka beliau yakin ‘nasib’ rakyat Malaysia akan lebih senang hari ini.
“Hasil mengucup apabila GST dihapuskan. GST ini kita kutip dan kita peroleh masa kita senang. Bila kita susah kita ada duit simpanan dan boleh agihkan kepada rakyat. Ini masanya kita nak tolong rakyat.
“Kalau ada GST saya yakin rakyat Malaysia lebih senang hari ini. Tetapi bila tidak ada (GST) malanglah. Sekarang ini kita kena fikir balik apa caranya.
“Makanya sekarang ini kita kena lihat kepada keseluruhan dasar mikro dan makronya, kestabilan politik serta lain-lain. Pokoknya kita mesti kepada asasnya,” katanya dalam Debat Perdana bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Najib yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, berdasarkan data diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), , sewaktu sembilan tahun di bawah pemerintah Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan, pekali gini iaitu ukuran statistik ketidaksamaan ekonomi dalam populasi semakin kecil.
Katanya, sewaktu di bawah pemerintahan PH sebagai kerajaan pula, indeks berkenaan semakin melebar.
“Ia bererti apa? Bererti dasar BN lebih adil kepada orang miskin, lebih adil kepada kumpulan B40 berbanding dasar kerajaan PH.
“Ini fakta. Saya boleh cabar sesiapa pun. Ini bukan propaganda mahupun retorik,” katanya.
Beliau turut mengakui banyak cabaran dihadapi dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini sedang cuba untuk mengatasinya.
Sebagai contoh, katanya kerajaan meluluskan i-Citra yang memberi kelegaan kepada rakyat dan beliau amat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana meluluskannya. B6
Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST
Baca Artikel Menarik:
- Bank Negara tidak iktiraf kripto, bitcoin atau ethereum
- Suntik darah dalam makanan di pasar raya
- 5 mangsa rentung berhampiran Terowong Menora disahkan pelajar USAS
- Janda Baik ‘dihentam’ kepala air
- PRU15: BN atau PKR jadi pilihan?
- Kencing manis, darah tinggi tidak layak tunai haji
- Nasrudin tawar ‘formula penyatuan ummah’
- Pelajar IPT cedera ditumbuk, ditendang dan disamun
- Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula
- Kem terjun negara bolot lapan pingat emas
- Pemandu Myvi putih pandu secara bahaya ditahan
- Pelanggan kedai temui ulat dalam sambal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu
You must be logged in to post a comment.