Empat pelajar maut kemalangan ‘rakan rapat’ masjid

Kuala Kangsar: Empat daripada lima pelajar yang rentung dalam nahas di Kilometer (KM) 245.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, tengah malam tadi dikatakan sering kelihatan mengunjungi masjid termasuk melazimi iktikaf pada 10 malam terakhir bulan Ramadan yang lalu.

Perkara itu diakui oleh Muhamad Akmal Norazli, 22, yang sering melihat empat daripada mangsa itu iaitu Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, mengunjungi Masjid Raja Permaisuri Bainun di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini.

Muhamad Akmal berkata, Iqbal Hasnun dan Muhammad Nasrun Aidol sememangnya rakan baiknya yang kedua-duanya disifatkan mudah membantu orang dalam kesusahan, manakala Muhammad Nabil Haikal dan Ahmad Akmal adalah jiran bilik di asrama penginapan.

“Boleh dikatakan empat daripada mereka adalah jemaah tetap di masjid ini biarpun seorang daripada lima mangsa itu iaitu Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan saya kurang kenal. Namun mungkin dia juga kerap mengunjungi masjid bersama dengan empat kawan itu tanpa saya sedari.

“Apa saya pasti, empat daripada mereka memang kerap datang ke masjid walaupun sebelum memasuki bulan Ramadan yang lalu dan biarpun mereka tiada sebarang jawatan dalam pengurusan masjid. Apatah lagi, pada 10 malam terakhir Ramadan lalu sebelum cuti Aidilfitri.

“Ketika itu saya sendiri nampak empat dari mereka turut sama menunaikan ibadat iktikaf dan Qiamullail dengan tidur di masjid ini,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat jenazah di Masjid Raja Permaisuri Bainun USAS, malam ini.

Solat jenazah Ahmad Naim Najmi dan Ahmad Akmal ditunaikan oleh ratusan jemaah terdiri daripada pelajar serta kakitangan USAS selepas selesai menjalani proses bedah siasat serta identiti dikenal pasti dengan tepat.

Solat selesai disempurnakan jam 9.05 malam tadi sebelum dua jenazah berkenaan dibawa ke kampung halaman masing-masing bermula jam 9.20 malam.

Bercerita lanjut, Muhamad Akmal berkata, selain berkawan baik, dia bersama Iqbal Hasnun dan Muhammad Nasrun Aidol mengikuti kuliah yang sama serta sering berada dalam kumpulan sama bagi menyelesaikan sesuatu tugasan diarahkan oleh pensyarah.

“Iqbal Hasnun terlalu baik dengan saya. Pernah suatu ketika menawarkan wang kepunyaannya untuk saya pinjam biarpun saya menolak kerana memikirkan Aidilfitri semakin hampir.

“Sementara, Ahmad Akmal dan Muhammad Nabil Haikal hanya jiran bilik asrama saya dan saya sememangnya sering melihat mereka berdua turut melazimi berkunjung ke masjid ini.

“Masjid ini memang selalu ada mereka sejak mula-mula saya masuk ke USAS,” kata pelajar Semester 2 Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam USAS itu.

Media sebelum ini melaporkan, lima pelajar USAS terbunuh selepas Honda City dinaiki mereka terbabit kemalangan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker