Depan bengkel kereta, belakangnya kasino mini

Depan bengkel kereta, belakangnya kasino mini

ALOR SETAR: Berselindung di sebalik perniagaan bengkel mengecat kenderaan namun sebaik memasuki ruang belakang bengkel terdapat ‘kasino mini’ yang menjalankan kegiatan perjudian.

Kegiatan sekumpulan 16 individu ini terbongkar apabila premis di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard, diserbu sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, pada jam 1.30 pagi tadi.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G Suresh Kumar berkata, polis terpaksa memecahkan pintu besi kerana pemilik enggan membukanya.

Beliau berkata, sekumpulan lelaki dan wanita sedang berkumpul mengelilingi dua buah meja dan sedang bermain judi jenis daun terup Poker dan Pok Deng.

Susulan itu seramai 16 individu terdiri daripada 11 lelaki dan lima wanita berusia 30 hingga 70 tahun ditahan.

Jelas G Suresh, hasil serbuan polis turut merampas sejumlah wang tunai bernilai RM3,917 serta 104 keping daun terup, dua meja kayu, sebuah meja bulat dan 12 kerusi plastik.



Kesemua kaki judi di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(2) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953. Aw

Depan bengkel kereta, belakangnya kasino mini


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker