Tambat ringgit beri risiko besar kepada negara – Gabenor BNM

Tambat ringgit beri risiko besar kepada negara – Gabenor BNM

Menambat ringgit bukan satu langkah terbaik buat negara dalam persekitaran semasa yang mencabar.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata tindakan tersebut akan memberi kesan buruk kepada sentimen pelabur.



Malah, ia bukan sahaja menjejaskan pelaburan langsung asing ke Malaysia tetapi juga membawa kepada aliran keluar modal dari negara, tambah beliau.

“Dasar tukaran asing yang fleksibel mampu menyerap kejutan ekonomi dan memelihara daya saing Malaysia dalam persekitaran global yang mencabar.

“Menambat ringgit bukanlah langkah yang terbaik demi kepentingan Malaysia. Ia akan mendatangkan risiko yang besar kepada negara.

“Sebagai contoh, jika kadar polisi sebanyak 2 peratus, kita perlu mengikut langkah untuk kekal tambat, dan kita akan kehilangan dasar monetari yang bebas dalam kes ini,” katanya di sini pada Jumaat.



Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pengumuman KDNK suku pertama 2022, bersama Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin. Aw

Tambat ringgit beri risiko besar kepada negara – Gabenor BNM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker