Shaheizy, Syatilla tak tunggu lama tayang baby

Shaheizy, Syatilla tak tunggu lama tayang baby

Pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin tidak menunggu waktu lama untuk mendedahkan wajah puteri ketiganya, Salama Samheizy buat tatapan umum.

Sam berkata, selepas dua hari dilahirkan dia dan Syatilla nekad berkongsi berita gembira itu kepada peminat.



“Memang waktu kelahiran Syeriv dan Sarima sebelum ini kami berkongsi wajah mereka selepas Syatilla habis berpantang.

“Tapi kali ini kami ambil keputusan untuk kongsikan lebih awal wajah Salama. Memang biasanya macam orang tua kata tak elok tunjuk wajah anak pada orang luar.

“Tapi ada sesetengah ulama berkata berita atau benda yang baik lebih elok tunjuk. Jadi kami pun rasa apa salahnya kongsikan wajah anak kepada umum” katanya.

Ditanya mengenai pemilihan nama Salama untuk anak ketiganya, Sam berkata, nama itu diberikan oleh isterinya.



“Nama Salama ini Syatilla yang pilih. Dia memang suka nama yang klasik. Kebiasaannya nama pertama anak diberikan oleh Syatilla kerana saya yang minta dia buat keputusan.

“Kemudian nama kedua pula saya nak nama saya digunakan iaitu Samheizy.”katanya.

Kelmarin Syatilla selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira jam 11 pagi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samhiezy, 2. HM



Shaheizy, Syatilla tak tunggu lama tayang baby


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan



Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker