Perang bunga api Malaysia lawan Brazil- Dua lelaki kena denda

Perang bunga api Malaysia lawan Brazil- Dua lelaki kena denda

Gara-gara terbabit dalam “perang bunga api” di Senawang, yang rakamannya tular di media sosial minggu lalu, dua lelaki didenda semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Nanda Ma’arof berkata, lelaki berusia 22 dan 33 tahun itu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban dan masing-masing didenda RM300 setiap orang.

Mereka didakwa menjual bunga api tanpa permit, di bawah Peraturan Bahan Letupan 1923.

Enam lagi yang ditahan atas kejadian sama dibebaskan dengan jaminan manakala dua lagi dibebaskan.

Diaberkata, semua lelaki yang ditahan itu berusia daripada 19 hingga 42 tahun dan merupakan pembeli dan penjual bunga api.

Mereka dirakamkan mengambil bahagian dalam “perang bunga api” dalam sebuah klip video tular 29 saat.

Kejadian berlaku di Jalan BPS3, Taman Bandar Prima, Senawang pada 1.36 pagi pada 4 Mei, kata polis.

Dalam klip itu, kumpulan lelaki berkenaan mensasarkan bunga api yang dipegang dengan tangan ke arah sesama mereka.

Klip video itu diberi kapsyen “Malaysia lawan Brazil”.

“Di sini saya ingin mengingatkan orang ramai berhati-hati dengan perbuatan merbahaya semasa menghadapi apa-apa perayaan,” kata Nanda. Mk

Perang bunga api Malaysia lawan Brazil- Dua lelaki kena denda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker