Kiraan tidak rasmi menunjukkan Marcos Jr sudah menang

Kiraan tidak rasmi menunjukkan Marcos Jr sudah menang

MANILA: Ferdinand Marcos Jr, 64, atau lebih dikenali ‘Bongbong’ diramal menang besar dalam pilihan raya presiden Filipina, jauh meninggalkan sembilan saingannya apabila pengundian ditutup jam 7 petang tadi.

Lebih 60 peratus daripada pusat melaporkan Marcos Jr sudah memperoleh lebih 20 juta undi setakat ini, jauh meninggalkan saingan terdekatnya, Leni Robredo, yang memperoleh 9.4 juta undi.

Menurut tinjauan pendapat terkini, anak lelaki kepada diktator yang digulingkan itu dikatakan memperoleh lebih daripada separuh undi keseluruhan untuk menjadi calon presiden pertama yang memperoleh majoriti mutlak dalam tempoh beberapa dekad.

Tinjauan itu menunjukkan beliau memperoleh 56 peratus, jauh mendahului penyandang terdekatnya, Naib Presiden, Leni Robredo yang mengumpul undi 23 peratus.

Presiden ketika ini, Rodrigo Duterte, 77 bakal melepaskan jawatannya berikutan perlembagaan Filipina melarang seseorang memegang jawatan itu melebihi daripada dua penggal.

Beliau tidak menyokong mana-mana calon, namun anak perempuan bongsunya, Sara, adalah rakan sepasukan Marcos Jr, yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden dan turut diramal menang tanpa masalah.

Selepas enam tahun era pemerintahan keras Duterte, ketika mana negara itu menyaksikan perang antidadah yang kejam, kemenangan besar untuk Marcos Jr mungkin menggugat masa depan demokrasi Filipina.

Kedua-dua, Marcos Jr dan Sara, mendakwa mereka paling layak dan adalah gandingan terbaik untuk ‘menyatukan’ negara.

Kira-kira 65.7 juta pengundi berdaftar dalam negara dan kira-kira 1.69 juta pengundi luar negara turut memilih naib presiden, Senator, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan pegawai kerajaan tempatan, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya.

Lebih 50 peratus pengundi adalah mereka berusia antara 18 dan 41 tahun, yang tidak melalui atau mengingati pemerintahan kejam diktator, Ferdinand Marcos, berikutan belum dilahirkan atau terlalu muda untuk memahami pemenjaraan besar-besaran, penyeksaan dan penderaan lain pada era itu. BH

Kiraan tidak rasmi menunjukkan Marcos Jr sudah menang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker