Polis pukul pesalah trafik ditukarkan serta-merta



Polis pukul pesalah trafik ditukarkan serta-merta

GEORGE TOWN – Enam pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah yang terlibat dalam insiden mengasari pesalah trafik ditukarkan ke bahagian pentadbiran serta-merta.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh pihaknya sendiri bagi menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian yang dilaporkan berlaku di Bukit Mertajam kira-kira jam 1.15 pagi semalam.

Jelas beliau, insiden tersebut turut dirakamkan menerusi kamera papan pemuka (dashcam) seorang pengguna jalan raya sebelum ia dimuatnaik pemilik akaun Facebook ‘My Penang Hometown’.

“Pihak polis akan mengenal pasti serta mendapatkan keterangan daripada pemilik akuan Facebook tersebut untuk siasatan lanjut.




“Selain itu, kita juga sedang mengesan mangsa yang terlibat untuk tampil membuat laporan polis berkaitan insiden tersebut.

“Kertas inkuiri polis telah dibuka dan setelah siasatan selesai kita akan rujuk kepada timbalan pendakwaraya untuk arahan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini.

Difahamkan, pesalah trafik itu ditahan dalam Op Mabuk yang dijalankan menerusi Ops Selamat 18 di kawasan Bukit Mertajam.

Mohd Shuhaily menambah, kesemua mereka telah dilucutkan sementara daripada tugas hakiki sehingga siasatan selesai.

“Polis Pulau Pinang akan menjalankan siasatan yang telus dan memberikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat,” tegas beliau. MG




Polis pukul pesalah trafik ditukarkan serta-merta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock



Leave a Reply

Your email address will not be published.