Himpit sama seperti perarakan Hari Pahlawan – PAS

Nasrudin Hassan pertahan HIMPIT

Himpit sama seperti perarakan Hari Pahlawan – PAS

Seorang lagi pemimpin PAS tampil mempertahankan perarakan kontroversi PAS Terengganu yang memaparkan imej pahlawan bersenjata.

Anggota jawatankuasa PAS Nasrudin Hassan berkata kritikan yang dibuat melambangkan ketakutan melampau terhadap Islam.

“Walhal Malaysia adalah sebuah negara yang telah banyak menyajikan perarakan serupa saban tahun. Tidak timbul sebarang isu,” katanya.

“Perarakan bersenjata oleh pasukan bersenjata negara sering kita lihat dalam perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan, Hari Pahlawan dan majlis-majlis rasmi tertentu.”

PAS Kelantan hari ini turut mempertahankan acara tahunan di negeri jirannya itu dan mencadangkan terdapat pilih kasih sedangkan program cosplay yang memaparkan watak anime bersenjata tidak menjadi isu.

Dalam kenyataannya hari ini, Nasrudin juga berkata penggunaan senjata juga perkara biasa dalam persembahan kebudayaan kaum di negara ini.

“Bahkan terdapat juga pertunjukan adu senjata menggunakan tombak, lembing, pedang dalam opera dan upacara budaya serta agama kaum tertentu dalam negara.

“Termasuklah menggunakan kostum pahlawan silam yang lengkap bersenjata,” katanya.

Dia juga mengaitkan dengan fenomena filem Mat Kilau yang menyaksikan ramai peminat berbusana Melayu siap bersisip keris di pinggang di pelbagai majlis.

“Tidak sahaja di dalam majlis rasmi, tetapi menjadi trend harian mereka yang bersemangat Melayu.

“Ke pasar raya, kedai makan dan ke hulu hilir dengan keris tersisip, mereka bangga mengenakan busana pahlawan melayu silam,” katanya.

Semalam, media sosial kecoh apabila gambar perarakan dengan imej pahlawan bersenjata tersebar di sosial media.

Ia berlangsung dalam program PAS dinamakan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit 2023) yang berlangsung di Setiu.

Menteri agama Mohd Na’im Mokhtar menyifatkan perarakan itu memberikan gambaran tidak baik kepada agama dan negara.

Bekas ketua hakim syarie itu berpandangan program itu sepatutnya menonjolkan nilai-nilai Islam yang damai serta mengajak kepada perpaduan dan kesejahteraan.

Ketua Pemuda PAS Terengganu Mohd Harun Esa pula menjelaskan, acara tahunan yang menghimpunkan jentera Pemuda PAS itu telah diadakan sejak 1991.

Katanya, sudah menjadi tradisi lapan Pemuda PAS kawasan membawa replika pedang dan lembing serta tema perarakan masing-masing.

Polis Terengganu–yang tidak dimaklumkan berkaitan perarakan menggunakan replika senjata–berkata akan menyiasat perkara itu. Mk

Himpit sama seperti perarakan Hari Pahlawan – PAS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang

Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker