Isu khemah besar, kerjasama dengan Bersatu akan dibincang pimpinan baharu PKR – Saifuddin
Isu khemah besar, kerjasama dengan Bersatu akan dibincang pimpinan baharu PKR – Saifuddin
Keputusan sama ada PKR bergerak solo, berunding, ‘perang’ atau menjalin kerjasama hanya akan ditentukan kepimpinan baharu, yang bakal terbentuk, pada 22 Mei ini, kata setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail.
Katanya, justeru PKR tidak pernah membincangkan sebarang pendekatan ‘khemah besar’ menjelang pilihan raya umum, termasuk pendirian menjalin kerjasama dengan Bersatu.
“Perkara khemah besar tidak pernah dibincangkan dalam MPP (Majlis Pimpinan Pusat) atau dalam biro politik.
“(Kerjasama dengan Bersatu), Sehingga perkara itu berlaku, barulah PKR akan menentukan sikap atau pendirian. Buat masa ini, itu belum lagi berlaku,” katanya menurut laporan Awani.
Dalam pada itu, beliau yang juga calon timbalan presiden, berkata perspektif untuk mengembalikan semula hala tuju parti adalah formula kemenangan dan bukan pilihan individu.
Sebaliknya, beliau menambah ia melibatkan konsensus dan perbincangan dengan pelbagai pihak.
Selain itu, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu, berkata PKR tetap berpegang kepada konsep keterbukaan.
“Kerana keterbukaan juga yang membolehkan sosok macam Adam Adli walaupun relatifnya baharu menyertai parti tetapi idealisme yang dia bawa itu sudah lama sebati dengan perjuangan PKR.
“Fadhilna Sidek seorang aktivis yang membawa isu-isu kanak-kanak, wanita, serta kekeluargaan yang sekarang memilih ikut serta dalam kepimpinan utama parti kerana sikap keterbukaan PKR yang tidak menentukan syarat (tempoh penglibatan),” katanya. FMT
Isu khemah besar, kerjasama dengan Bersatu akan dibincang pimpinan baharu PKR – Saifuddin
Baca Artikel Menarik:
- Jangan beli durian melalui aplikasi D4 Durian
- Wanita berusia 121 tahun dipercayai tertua di dunia
- Alibaba rugi RM113 bilion akibat khabar angin penahanan Jack Ma
- Osama, Zaki Cuba Nak Satukan Keluarga Penyanyi Legenda Jamal Abdillah
- Gaduh di Restoren Nasi Kandar, polis mulakan siasatan
- PRU15: Tiada Ruang Untuk Bersatu, GPS Tanding Semua 31 Kerusi Parlimen – Abang Jo
- Ibarat bom jangka, saya boleh mati bila-bila masa – Azizulhasni
- Tambang ECRL mahal, Azan pakai formula siapa – Najib
- Pemandu e-hailing tinggal pelanggan di lebuh raya
- Pekerja bengkel langgar lari guna MPV pelanggan
- Kondom berisi air mani atas cermin kereta buat ramai jijik
- Puasa 6 Syawal Dan Hukum Gabung Puasa Ganti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…
Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]