Didakwa kurang ajar dengan ibu, anak Ahli Parlimen tumbuk, ludah lelaki

Didakwa kurang ajar dengan ibu, anak Ahli Parlimen tumbuk, ludah lelaki

Anak kepada seorang Ahli Parlimen di Melaka didakwa menumbuk dan meludah seorang lelaki dalam kejadian, di sebuah rumah di Pernu, Melaka, 2 Mei lalu.

Mangsa yang berusia 49 tahun telah dihubungi individu terbabit yang mengeluarkan kata-kata kesat dan memintanya datang ke rumah, kira-kira 12.33 tengah malam itu.

Menurut sumber, punca kejadian adalah disebabkan anak Ahli Parlimen itu tidak tidak berpuas hati dengan mangsa yang dikatakan bersikap kurang ajar terhadap ibunya ketika berada di sebuah kedai ikan bakar di Umbai sebelum itu.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa telah datang ke rumah lelaki berkenaan di Pernu.

“Ketika di rumah, berlaku pertengkaran hingga lelaki itu berang lalu terus menumbuk kepala mangsa. Lelaki itu juga menghantukkan kepalanya ke muka mangsa hingga menyebabkan kecederaan di bahagian hidung. Mangsa juga turut diludah di muka,” dakwa sumber dipetik Utusan.

Berikutan itu, sumber berkata, mangsa meminta untuk bertemu dengan ibu individu itu jika benar dirinya bersalah, namun adik lelaki pelaku pula menghalaunya keluar dari rumah.

Kata sumber, mangsa yang bekerja sebagai pengurus telah membuat laporan di Balai Polis Kandang, kira-kira 12.36 tengah malam, semalam.

“Mangsa membuat laporan berkenaan kerana bimbang tentang keselamatan dirinya dan ahli keluarga,” dedah sumber.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan, namun enggan mengulas lanjut. FMT

Didakwa kurang ajar dengan ibu, anak Ahli Parlimen tumbuk, ludah lelaki


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker