Haris Ibrahim, peguam heret kerajaan ke mahkamah berkait siasatan SPRM terhadap hakim Nazlan

Haris Ibrahim, peguam heret kerajaan ke mahkamah berkait siasatan SPRM terhadap hakim Nazlan

Dua peguam dan seorang aktivis memfailkan saman bagi menentukan kepentingan isu Perlembagaan berhubung pengasingan kuasa dan kebebasan badan kehakiman.

Tindakan itu dilakukan susulan siasatan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Persekutuan Nazlan Mohd Ghazali.



Plaintif Nur Ain Mustapa, Sreekant Pillai dan Haris Ibrahim memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi, di sini, tengah hari tadi, dan menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, SPRM dan kerajaan sebagai defendan.

Ketiga-tiga mereka memohon pengisytiharan seperti berikut:

– Badan siasatan jenayah, termasuk SPRM tidak berhak atau dihalang daripada melakukan siasatan terhadap hakim sedang berkhidmat di mahkamah atasan (Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) kecuali mereka digantung tugas seperti termaktub mengikut Perlembagaan Persekutuan;

– Pendakwa raya tidak diberi kuasa untuk memula atau menjalankan sebarang prosiding bagi kesalahan terhadap hakim sedang berkhidmat di mahkamah atasan.



Mereka juga memohon pengisytiharaan bahawa siasatan dilakukan SPRM terhadap Nazlan tidak berperlembagaan.

Dalam penyataan peguam cara mereka, Tetuan Malik Imtiaz Sarwar, ketiga-tiganya turut memfailkan permohonan untuk merujuk dua soalan Perlembagaan berhubung relif yang dipohon ke Mahkamah Persekutuan. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

Haris Ibrahim, peguam heret kerajaan ke mahkamah berkait siasatan SPRM terhadap hakim Nazlan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…



Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker